Ini senarai terkini wanita paling cantik dunia, “asal negara jiran kita je”

Ini senarai terkini wanita paling cantik dunia, “asal negara jiran kita je”

Ini senarai terkini wanita paling cantik dunia, “asal negara jiran kita je”. TC Candler telah mengeluarkan senarai “Wanita tercantik di dunia berdasarkan pengundian dan pada kesempatan ini, Lisa Blackpink telah memegang carta nombor satu sebagai wanita paling cantik.

Mesti ramai yang ingin tahu siapakah gerangan nama-nama yang tersenarai untuk wanita paling cantik di dunia bukan? Jom kita tengok!

1. Lisa Blackpink

Lalisa Manoban @Lisa merupakan salah seorang ahli kumpulan wanita Blackpink yang berasal dari Thailand. Dia yang kini menduduki tempat pertama sebagai wanita paling cantik di dunia.

Ini senarai terkini wanita paling cantik dunia, "asal negera jiran kita je"

2. Emilie Nereng

Di tempat kedua ialah pemilik nama seorang wanita dari Honefoss, Norway, Emilie Nereng. Dia adalah seorang blogger, pemuzik dan kini aktif sebagai Youtuber diet.

3. Halima Aden

Seterusnya, wanita yang memegang tempat ketiga ialah Halima Aden yang juga merupakan seorang model berdarah Somalia-Amerika. Dia juga dikenali sebagai wanita pertama yang memakai tudung pada pertandingan Miss Minnesota.

4. Ivana Alawi

Tempat keempat ialah Ivana Alawi yang merupakan seorang pelakon, model dan Youtuber yang berasal dari Filipina.

5. Nancy Jewel McDonie

Untuk tempat kelima ialah Nancy Jewel McDonie yang merupakan ahli Momoland yang sentiasa menduduki kedudukan teratas untuk kategori wanita paling cantik. Nancy juga mempunyai darah kacukan Korea dan Amerika.

6. Yael Shelbia

Tempat keenam adalah Yael Shelbia yang merupakan seorang model dari Israel. Sebelum ini dia pernah menduduki kedudukan pertama wanita paling cantik di dunia bagi tahun 2020 yang lalu.

7. Tzuyu

Untuk tempat yang ketujuh, wanita paling cantik ini merupakan ahli yang termuda dalam kumpulan Twice iaitu Tzuyu. Nama sebenar wanita ini adalah Chou Tzuyu telah menduduki kategori wanita tercantik selama 7 tahun.

8. Lyondra Ginting

Pemegang tempat kelapan pula jatuh ke tangan penyanyi dari Indonesia, Lyondra Ginting yang juga merupakan pemenang Indonesian Idol musim ke-10. Bukan sahaja menduduki senarai barisan wanita tercantik, dia juga turut memenangi pencalonan Artis Baru Terbaik Indonesia di Anugerah MAMA pada tahun lepas.

9. Jasmine Tookes

Jasmine Tookes merupakan seorang model dari Amerika. Dia juga adalah salah seorang bekas model Victoria’s Secret yang mendapat bayaran paling tinggi. Wanita ini mempunyai darah campuran Eropah, Afrika, India dan Brazil.

10. Nana

Im Jin-ah atau lebih dikenali sebagai Nana merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model yang berasal dari Korea Selatan. Dia juga sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan Kpop After School.

Itulah antara 10 senarai wanita paling cantik di dunia yang dapat kami kongsikan bersama pembaca berdasarkan keputusan pengundian yang telah dikeluarkan oleh TC Candler. Apa pendapat anda?

BACA:

Sweet Qismina dedah nikah sebulan lagi dengan pelakon Adam Lee

Ringgit jatuh menggila lagi, kali ini paling rendah dalam sejarah

Video anak Dr Sheikh jadi tumpuan, “mak ayah hebat, anak sekolah biasa-biasa je”

CATEGORIES