Ini senarai pengerusi GLC lantikan zaman PH, teknokrat jadi keutamaan

Ini senarai pengerusi GLC lantikan zaman PH, teknokrat jadi keutamaan

Senarai Chairman/Pengerusi GLC utama yang dilantik di bawah Pentadbiran PH:

1- Petronas: Datuk Ahmad Nizam Salleh

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Managing Director dan CEO Engen Ltd dan Vice President – Corporate Services di Petronas Gas Sdn Bhd.

2- TNB: Tan Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir

Beliau bertugas di Kementerian Kewangan selama lebih 20 tahun dan kini merupakan KSU MOF.

3- TM: Rosli bin Man

Pernah menjadi President Celcom pada tahun 1996, dan COO GSM 1800 syarikat telekomunikasi di Indonesia.

4- Tabung Haji: Tan Sri Md Nor Yusof

Pernah menyandang jawatan Managing Director MAS dan Executive Chairman Suruhanjaya Sekuriti.

5- Felda: Tan Sri Mohd Bakke Saleh

Pernah menyandang jawatan Managing Director dan Chairman Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan merupakan salah seorang BOD Petronas.

6- FGV: Datuk Wira Azhar Abdul Hamid

Pernah menyandang jawatan sebagai President dan Group Managing Director, Tradewinds Corporation dan CEO of MRT serta Group Managing Director of Malakoff.

7- Syarikat Perumahan Negara Berhad: En Hassan bin Ibrahim

Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun di Bank Pembangunan sebelum menubuhkan firma guamannya Messrs Hassan & Associates.

8- FELCRA: Datuk Nageeb Wahab

Merupakan CEO Malaysian Plantation Board dan pernah menyandang jawatan sebagai Vice President di Sime Darby Plantation Sdn. Bhd.

9- PNB: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

Siapa tak kenal Tan Sri Zeti? She was once one of the greatest and longest Central Bank Women Governor.

10- MPOB: Tan Sri Bakke Saleh

Tokoh berwibawa yang pernah menerajui FELDA dan Sime Darby.

11- RISDA : Haji Rosely Kusip

Berpengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam bidang perladangan. Pernah menjadi Lembaga Pengarah Sime Darby Plantations, berkhidmat dengan Kumpulan Guthrie, Pengarah New Britain Palm Oil Limited dan lain-lain.

————————–

Pernahkah PH melantik Ahli Parlimen Kerajaan sebagai Pengerusi GLC? Ya, ada satu terlepas. Charles Santiago dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Air Negara.

Tapi itu satu sahajalah kot.

Dalam 10 lantikan PH dahulu, mungkin satu berkait politik dan 9 lain ialah golongan profesional dan teknokrat.

Simpan nama-nama ini baik-baik.

Kita bandingkan kelayakan dan ketokohan mereka berbanding dengan lantikan-lantikan Pengerusi Kerajaan PN yang bakal terdiri daripada MP-MP yang tercicir nama mereka dari jadi Menteri/Timbalan Menteri.

Slogan PAS Kerajaan Teknokrat? Boleh campak dalam tong sampah sahaja.