Ini senarai lokasi zon perangkap had laju yang korang tak tahu. Pemasangan Kamera AES (Automated Enforcement System)
Sistem AWAS adalah salah satu cara atau usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang melibatkan kesalahan berkaitan dengan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah (Traffic Lights)
AES adalah satu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti
walau dalam apa jua keadaan cuaca, hujan atau panas di mana AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti di Lebuh Raya, Jalan Raya dan persimpangan lampu isyarat
Di antara lokasi popular pemasangan kamera adalah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Highway) dan Lebuhraya LPT2
Senarai Lokasi Kamera AES/ AWAS Terkini (Had Laju Dan Lampu Isyarat)
Berikut adalah Senarai Lokasi Kamera AES /AWAS seluruh Malaysia yang dibahagikan kepada jenis had laju atau lampu isyarat serta mengikut arah utara atau selatan
Terdapat 45 buah kamera AES /AWAS di lokasi seluruh negara iaitu 29 untuk Had Laju dan 16 Lampu Isyarat seperti senarai di bawah
- Lokasi Kamera AES/ AWAS
- LOKASI HAD LAJU ARAH NEGERI
- KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru 110 km/j Selatan Johor
- KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru 110 km/j Utara Johor
- KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh 110 km/j Selatan Johor
- KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh 110 km/j Utara Melaka
- KM 185 Lebuhraya PLUS, Bemban 110 km/j Selatan Melaka
- KM 184.2 Lebuhraya PLUS, Jasin 110 km/j Utara Melaka
- KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah 110 km/j Selatan Melaka
- KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah 110 km/j Utara Melaka
- KM 21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) 110 km/j Selatan Negeri Sembilan
- KM 21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) 110 km/j Utara Negeri Sembilan
- KM 1.6 Jalan Lebuh Sentosa 70 km/j Kajang ke PICC WP Putrajaya
- KM 17 Lebuhraya ELITE 110 km/j Selatan Selangor
- KM 28.4 Lebuhraya ELITE 110 km/j Utara Selangor
- KM 18 Lebuhraya Guthrie 110 km/j Selatan Selangor
- KM 18 Lebuhraya Guthrie 110 km/j Utara Selangor
- KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang 90 km/j Utara Selangor
- KM 6.6, Jalan Kajang/Puchong (SKVE) 80 km/j Puchong ke Kajang Selangor
- KM 382.8, Behrang 110 km/j Selatan Perak
- KM 85.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Sungkai 90 km/j Selatan Perak
- KM 204.6, Lebuhraya PLUS – Taiping 110 km/j Utara Perak
- KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar 110 km/j Utara Perak
- KM 375.9, Lebuhraya PLUS – Slim River 110 km/j Utara Utara
- KM 166, Lebuhraya PLUS – Seberang Perai Selatan 110 km/j Selatan Pulau Pinang
- KM 96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda 110 km/j Selatan Kedah
- KM 97.2 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda 110 km/j Utara Kedah
- KM 174 Lebuhraya PLUS – Bandar Baharu (NB) 110 km/j Utara Kedah
- KM 17 Gua Musang – Kuala Krai 90 km/j Arah Kota Bharu Kelantan
- KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 110 km/j Arah Kuala Lumpur Terengganu
- KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 110 km/j Arah Kuala Terengganu Terengganu
Lampu Isyarat
LOKASI ARAH NEGERI - Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur Arah Puchong WP Kuala Lumpur
- Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Arah Sentul WP Kuala Lumpur
- Jalan Pasir Putih, Ipoh Arah Pasir Panji Perak
- KM 26, Jalan Ipoh – Kuala Kangsar, Sg Siput Arah Kuala Kangsar Perak
- KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung Arah Lumut Perak
- KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung Arah Setiawan Perak
- KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River Arah Kuala Lumpur Perak
- KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River Arah Ipoh Perak
- KM 11, Jalan Setiawan Ipoh Arah Setiawan Perak
- KM 14, Jalan Ipoh – Pusing, Ipoh Arah Setiawan Perak
- KM 38 Jalan Ipoh – Kampar, Kampar Arah Ipoh Perak
- KM 8, Teluk Intan – Hutan Melintang / Hilir Perak – Teluk Intan – Perak
- KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth / Kuala Muda Arah Puchong Kedah
- KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda Arah Gurun Kedah
- KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda Arah Sik Kedah
- K KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth – Kedah
BACA:
PN bersih dari memfitnah? Ini senarai pemimpin Perikatan Nasional kalah saman fitnah