Ini senarai 5 ahli politik paling dibenci dalam Malaysia, tapi yang no.2 tu ramai yang ‘jilat’ sekarang.
Bila kita nak borak pasal politik, pasti semua akan ada pendapat masing-masing.
Parti mana korang sokong, wakil rakyat mana korang undi, pro kerajaan or pro pembangkang.
Even dari situ pun boleh wujud sedikit pertelingkahan lah kan, lagi-lagi mereka yang taksub dengan cerita politik dorang tu.
Namun, yang menjadi tumpuan adalah ahli politik tu sendiri.
Adakah mereka ni buat kerja dengan betul? Yang jadi menteri tu lagi lah, expectation mesti tinggi punya sebab rakyat dah pilih dorang and mengharap supaya dorang mentadbir dengan betul. Tetapi, ada segelintir yang agak buat perangai sikit. Sampai boleh kata rakyat benci dengan mereka, siapakah gerangannya…
1. Azmin Ali
Kita mulakan dengan yang paling popular sekarang ni, seorang yang namanya disebut-sebut sehingga ke peringkat antarabangsa. Tak lain dan tak bukan Mohamed Azmin Ali, dulu ramai yang menganggap Azmin sebagai pejuang yang cuba mempertahankan nasib rakyat. Duduk dibawah panji Reformasi ketika itu membuatkan ramai yang menyokongnya.
Namun, sejak dia berada dalam kerajaan, semuanya berubah! Dia memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Tak tahu lah macam mana nak cakap, lepas dia jadi Menteri MITI ni ramai yang tak suka dia langsung. Ia disebabkan kedegilan MITI yang diketuai oleh dia untuk tidak menutup kilang ketika pandemik ini.
Perkara tu menyebabkan banyak berlakunya kluster tempat kerja yang melibatkan kilang-kilang, yang membenarkan pula adalah MITI yang diketuai oleh siapa? Ye betul, Azmin Ali. Yang lagi buat orang marah, Azmin sampai buat kenyataan yang kes positif daripada kilang hanya 10% sahaja, tetapi data sebenar menunjukkan lebih 80% kes positif datang daripada kilang!
Ni la kot apa yang kilang rasa. Imej dari imgflip
Okay jangan marah sangat, itu serba sedikit kenapa ramai yang benci Azmin. Adakah dia menteri yang paling dibenci? Mungkin korang boleh bandingkan dengan nama-nama akan datang ni…
2. Anwar Ibrahim
Siapa je tak kenal dengan nama ni, Anwar Ibrahim, pengasas Parti Keadilan Rakyat. Seorang pejuang Reformasi dari dulu lagi, penyokong dia sangat ramai. Tapi kenapa dia ada dalam list ni pula? Walaupun Anwar ada banyak sokongan, dalam masa sama ramai juga yang tidak suka dia ni.
Boleh tengok dari zaman 90-an lagi, masa tu dia adalah Menteri Kewangan dan antara orang yang rapat dengan Tun Mahathir. Ada lah serba-sedikit pertelingkahan yang berlaku sampaikan keluar video dia yang disifatkan untuk menjatuhkan air muka Anwar ketika itu. Benda ni menjadi perdebatan sama ada betul atau tidak individu dalam video tersebut adalah Anwar.
Nak dijadikan cerita, penyokong-penyokong UMNO lah ramai yang tak suka dia ni. Sedangkan Anwar ni orang kuat UMNO juga dulu, tapi mungkin disebabkan perbezaan pendapat dalam politik yang membuatkan dia dibenci. Mana taknya, hari tu dia kata dia ada sokongan yang betul-betul kuat sampai katanya boleh bentuk kerajaan baharu. Tapi semua hanya kata-kata sahaja, sedih kan?
3. Samy Vellu
Mungkin ada budak-budak muda tak berapa kenal dengan nama Samy Vellu ni, tapi siapa yang memang mengikut perkembangan politik pasti agak marah sedikit bila mendengar namanya. Yang menariknya, dia ni pun ada terlibat dengan civil war yang pernah terjadi dalam partinya sendiri iaitu Malaysian Indian Congress (MIC).
Perkara tu sampai terwujudnya Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang ditubuhkan oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugillan yang telah dipecat daripada parti itu. Dah kalau dia tubuhkan GAS ni confirm lah yang pecat dia tu Samy Vellu kan. Lagi satu, Samy Vellu juga dibenci disebabkan kes Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) juga.
Namanya terkait sebab dia merupakan Menteri Kerja Raya ketika itu. Ramai sebenarnya suka dengan inisiatif tu tapi tak berapa berminat dengan kadar tol yang dinaikkan secara berperingkat, orang-orang kita ni ralat sikit bab bayar tol ni. Tu sampai ada yang gunakan naratif ‘tol percuma’ pada Pilihan Raya Utama (PRU) sebelum-sebelum ni. Tapi still kena bayar!
4. Mahathir Mohamad
Nama ni wajib ada dalam list ni, seperti penyokong dia yang ramai. Ramai juga orang yang benci Mahathir dan rata-ratanya adalah orang Melayu sendiri! Ini disebabkan Tun Mahathir sering menggunakan ‘Melayu’ dalam permainan politiknya, pasti ramai dah yang selalu dengar seperti Melayu malas, Melayu sudah hilang kuasa, dan macam-macam lagi.
Mungkin pada PRU-14 dia dapat menarik kembali sokongan-sokongan daripada orang ramai terhadapnya, tapi semuanya bertukar apabila dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020. Tindakannya itu sekaligus kucar-kacirkan status politik dalam negara.
Orang-orang UMNO sendiri pun sangat bencikan Tun Mahathir ni, ini kerana kerajaan yang telah diterajui UMNO dalam Barisan Nasional (BN) jatuh buat kali pertama disebabkan dia. Penyokong Anwar Ibrahim lagi bengang, dah banyak kali ketua dorang tu kena scam dengan Tun Mahathir.
Tapi kita tak boleh juga menidakkan yang Tun Mahathir merupakan antara Perdana Menteri negara yang paling berjaya, cuma agak kurang sesuai kalau dia masih nak bersayembara dalam politik. Lebih baik bagi kepada orang-orang muda pula.
5. Muhyiddin (Mahiaddin) Yassin
Antara yang paling dibenci semaasa awal-awal era pandemik Covid-19, Muhyiddin Yasin atau nama sebenarnya Mahiaddin telah terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak dua menjak ni. Mungkin disebabkan pandemik dia jadi macam tu? Mana lah tahu kan.
Orang tak suka dia sebab dia telah jatuhkan kerajaan sedia ada menggunakan taktik yang agak kotor, siapa je tak tahu pasal Langkah Sheraton kan. Tapi pada awalnya, ramai yang minat dengan cara Muhyiddin ni buat kerja sebenarnya. Cuma tu awal-awal je lah, yang jadi sakit hatinya bila banyak yang dijanjikan kerajaan masih lagi tak tertunai.
Sebagai contoh, pemberian komputer riba percuma kepada 150 ribu pelajar dalam Belanjawan 2021. Benda tu tak muncul-muncul lagi tau, sampaikan orang pun dah give up dengan benda tu. Orang ramai juga bengang apabila banyak keputusan-keputusan yang tak kompeten dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikepalai oleh Muhyiddin Yassin.
Sampaikan kita sebagai rakyat kena hadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang samgat lama, at least Raya Haji tahun lepas boleh juga merentas negeri. Tahun 2021 ni macam makin teruk pula kan, mana orang tak marah dengan Perdana Menteri kita ni kan.
Benci berpada-pada, fokus bantu sesama kita
Namun, sebenci-benci pun rakyat kepada menteri-menteri ni, harus diingat yang kita tidak perlu membenci dengan extreme.
Kita patut fokus dengan sesama kita, ramai memerlukan bantuan sekarang ni. Even yang kaya pun perlukan bantuan, apatah lagi yang miskin kan.
Oleh itu, benci biar berpada-pada. Kita lebih bagus daripada itu.
BACA: