Ini sebab mekanik ‘surrender’ selepas baiki 2 buah kereta tenggelam banjir

Ini sebab mekanik ‘surrender’ selepas baiki 2 buah kereta tenggelam banjir. Saya tak ada resit atau tools utk dikongsikan di sini cuma sekadar sedikit perkongsian pengalaman sendiri buat kereta banjir (masih dlm proses).

Sebelum ni ada tanya2 bngkl member. Dia dah rescue 2 biji keta banjir dan serik katanya. Kalau ada masuk kereta lain pun dia hanya sekadar bg hidup saja. Utk kerja2 lain dia tak mau amik.

Bila keta sampai kt rumah baru boleh imagine kenapa bngkl member tu tak mau amik dah.

1. Kena buka dan bersihkan hampir seluruh bahagian dalaman kereta. Karpet, door trim, seat dll. Bahagian luar tu saya akan fikir kemudian.

2. Banyak part/komponen yg belum tau lagi nasibnya. Saya buka wiring dalaman. Buka dan cuci setiap soket termasuk fius box dan relay2 yg ada. Relay saya buka dan cuci. Tembak angin dan spray contact cleaner. Mana yg dah naik karat saya tukar.Termasuk juga ECU nya juga saya cuci.

Tu belum lagi termasuk suis2, meter, motor power window dll komponen.

Ini sebab mekanik 'surrender' selepas baiki 2 buah kereta tenggelam banjir

3. Akibat lama terendam ada bahagian yg dah mula naik karat. Saya gosok balik dan ada bahagian saya sapukan dengan anti rust.

Baru selesai bahagian dalam keta. Belah engine bay bab wiring, engine dan gearbox belum belek lagi tau.

Ya. Mujur wira sahaja yg tak de immo, SRS, ABS, TCU, VSC, EBD dan lain2 peranti atau komponen elektronik yg canggih2. Keta skrg ni pada side mirror pun ada indicator yg mengesan kenderaan berdekatan.. nak parking pun main tekan2 button je.. semua2 tu ada “otak” nya sendiri.

Dan suka saya nak ingatkan apa yg telah saya buat ni TIDAK MENJAMIN kereta ni akan elok seperti sediakala sebab bab2 elektrik dan elektronik ni luar jangkaan. Kita tak leh tengok dengan mata kasar utk tau kerosakannya atau menjangkakan berapa lama jangka hayat nya. Itu antara sebab ada sesetengah bngkl tak mau amik risiko. Kadang2 dah estimate sekian2 harga tapi bila dah buat/ buka jumpa pulak masalah lain. Pakai tak lama nyala mcm2 indicator kt meter atau masalah2 lain.

Jadi kesimpulan nya jika kereta anda juga menjadi mangsa banjir siap sedialah dengan kemungkinan masalah lain yang akan mendatang. Jangan anggap atau letak kesalahan masalah yg berlaku atau akan berlaku pada pomen/mekanik keseluruhannya.

Sekadar perkongsian dari pengalaman sendiri agar dapat memberikan penjelasan kepada mereka yang mungkin tidak faham kemungkinan2 yg ada bila kereta banjir mereka dibaiki.

BACA JUGA :
Benarkah kos baiki kereta banjir cecah RM 60 ribu seperti ditularkan?, Ini jawapannya
Kecewa kos tukar bateri mahal, lelaki ini nekad letupkan kereta Tesla miliknya
Kilang Porsche di Kulim berkapasiti kecil bakal beroperasi 2022

CATEGORIES