Ini sebab kutipan cukai judi zaman PH lebih tinggi berbanding PN

Ini sebab kutipan cukai judi zaman PH lebih tinggi berbanding PN

Ini sebab kutipan cukai judi zaman PH lebih tinggi berbanding PN. INFLUENCER TIDAK SEMESTINYA BIJAK

1. Saya telah meninggalkan komen di page Khairul Hakimin Muhammad berkenaan satu hantaran beliau mengenai cukai judi, tapi sayangnya komen saya telah didelete dan saya telah diblok. Apalah salah saya saya tidak tahu. Kalau pun tak boleh jawab maka adalah baik jika delete sahaja hantaran itu.

2. Mengambil kredit daripada pengurangan cukai judi pada 2020 dan 2021 kerana Pas berjaya menutup judi di tiga negeri adalah perasan yang tak agak-agak. Delusional.

3. Terengganu dan Kelantan sudah menutup pusat judi sejak sekian lama sebelum PN memerintah Malaysia pada 2020. Jadi ia tiada kaitan dengan penurunan kutipan cukai judi pada 2020 dan 2021.

4. Manakala Kedah hanya menghentikan pengeluaran lesen baru untuk premis judi bermula tahun lepas dan akan ditamatkan kesemua lesen sedia ada bermula 1 Januari 2023. Maka sekali lagi ia tiada kaitan dengan pengurangan kutipan cukai judi pada 2020 dan 2021.

Ini sebab kutipan cukai judi zaman PH lebih tinggi berbanding PN

5. Kutipan cukai perjudian yang rendah pada zaman PN adalah kerana pada tahun 2020 dan 2021, jika penyokong PN sudah terlupa maka perlu saya ingatkan bahawa waktu itu sebahagian besarnya adalah waktu PKP dan larangan rentas negara. Sebahagian besar aktiviti perjudian di Genting yang merupakan penyumbang cukai judi paling besar telah terganggu dan kedai-kedai nombor ramalan juga telah ditutup.

6. Manakala kutipan cukai judi yang tinggi pada zaman PH berbanding zaman BN sebelumnya adalah kerana pindaan cukai dan lesen judi yang dibuat oleh Lim Guan Eng, seorang menteri kewangan yang dicop sebagai anti Islam tetapi mengenakan cukai yang tinggi kepada tokey judi.

BACA:

Diana Danielle belanja menari, berdarah hidung lelaki ‘miang’ tengok

Dana Judi: Anwar ‘sound’ Takiyuddin, “jangan gopoh, dokumen ada dengan saya”

Pemuda kesal McD bagi daging tak masak, siap tunjuk bukti

CATEGORIES