Ini sebab kenapa doktor gigi dipanggil bantu siasat nahas pesawat terhempas Elmina, apa kaitan gigi dengan terhempas?

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Rupanya Ada Kaitan Antara Doktor Gigi Dengan Siasatan Kemalangan Pesawat

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam baru-baru ini.

Tragedia menyayat hati itu meragut 10 nyawa, termasuk dua pengguna jalan yang berada di darat ketika nahas itu berlaku.

Ini sebab kenapa doktor gigi dipanggil bantu siasat nahas pesawat terhempas Elmina, apa kaitan gigi dengan terhempas?

Pelbagai pihak terlibat dalam siasatan di lokasi kejadian, terutamanya dalam tempoh awal selepas tragedi berlaku.

Antara mereka yang terlibat adalah petugas kesihatan bagi membantu proses pengecaman mayat dan sebagainya.

Selain itu, doktor gigi juga dipanggil untuk membantu siasatan. Mungkin bagi kita sebagai orang awam, tentu merasa sedikit hairan kenapa kenapa doktor gigi dikerah sekali ke lokasi kejadian? Macam tidak kaitan langsung, kan.

Namun, seorang doktor gigi di Twitter, Dr. Ibrahim Shahruddin (@ib_shah) tampil menjelaskan kaitan antara doktor gigi dengan tugas mereka di lokasi nahas. Baca perkongsian beliau dibawah.

Ada apa kaitan doktor gigi dengan kemalangan pesawat?


Kita dikejutkan dengan kemalangan kapal terbang baru baru ini. Dalam mana kita bersimpati, ada pasukan khas yang bertungkus lumus dibelakang tabir. Tapi ada juga doktor gigi yang dipanggil? Apa tugas mereka?

Kita ambil peluang untuk berkenalan dengan dunia forensik pergigian iaitu, satu bidang khas pergigian yang mengecam bahan bukti dan sisa pergigian. Bukan kes Elmina sahaja, kes MH17, Lahad Datu and beberapa kes helikopter terhempas pun mereka turut terlibat sama!

Tahukah anda tiada dua orang mempunyai set gigi yang sama. Ya, gigi anda seunik cap jari anda sendiri.
Bila bencana melanda, rekod pergigian penting dalam membantu penyiasatan. Ciri pergigian yang unik, tampalan gigi, dan rawatan pergigian boleh menjadi kunci pengenalan mayat

Apabila mayat terjejas teruk akibat impak letupan dan kebakaran, rekod pergigian dapat diambil kerana gigi dilitupi enamel, iaitu bahan yang paling keras dalam badan manusia.

Dengan kekuatan daya tekanan sehingga 13000kg, gigi juga boleh bertahan dalam suhu ekstrem, sehingga 1,600°C!

Ahli forensik pergigian bersama pasukan lain seperti polis di dalam pasukan Disaster Victim Identification (DVI) bagi mencari bukti pergigian untuk mengenalpasti mayat.

Pemberian nama dan pengecaman terhadapa jasad yang sudah tidak dapat dicam ini adalah penting agar ahli keluarga dan rakan-rakan dapat memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Selain pengesahan mayat, pakar forensik pergigian juga boleh mengenalpasti bentuk gigitan dalam kes-kes trauma, membuat anggaran umur mangsa, membantu dalam sesi bedah siasat dan juga boleh memberi keterangan profesional di mahkamah.

Jelas Dr. Ibrahim, bidang ini merupakan kepakaran yang sangat menarik dalam pergigian.
Jadi, apa peranan semua doktor gigi yang lain? Sentiasa menyimpan rekod (charting, radiographs, study model) secara lengkap dan terperinci. Mereka juga perlu bersedia jika bahan-bahan tersebut perlu dikongsi kepada team DVI yang sah ketika diperlukan.

Peranan masyarakat pula? Rawatan pergigian berkala adalah penting untuk kesihatan oral serta rekod mengenai identiti anda. Maklumkan pada keluarga dan kenalan di mana klinik gigi yang anda pernah lawati. Di sinilah “missing link” bagi pasukan DVI untuk mendapatkan rekod dari klinik.

BACA: Jadi mangsa nahas kapal Titanic, ini kisah pengasas Hotel St Regis yang ada di Kuala Lumpur