Ini sebab Facebook dan Instagram akan ditutup di Eropah

Ini sebab Facebook dan Instagram akan ditutup di Eropah. Meta telah mengeluarkan amaran pihaknya akan menutup Facebook dan Instagram di Eropah jika pihaknya tidak dibenarkan untuk memindahkan data ke pelayannya di Amerika Syarikat.

Syarikat induk Facebook ini telah mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laporan tahunan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, Khamis lalu.

Menurutnya, penggubalan akta dan peraturan baharu di Eropah telah menyukarkan operasi kritikal gergasi teknologi berkenaan. Perkara ini merujuk kepada “Privacy Shield” yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (CJEU) pada 2020.

Ini sebab Facebook dan Instagram akan ditutup di Eropah

Akhbar kewangan berpangkalan di London, CityAM telah menghubungi Meta untuk mendapatkan maklumat lanjut. Wakilnya, Nick Clegg, Naib Presiden bahagian Hal Ehwal Global menjawab tindakan ini bakal memberikan kesan terhadap peniaga-peniaga kecil yang amat bergantung pada platform seperti Facebook dan Instagram.

Kesatuan Eropah telah menetapkan undang-undang perlindungan data yang amat ketat. Peruntukan undang-undang tersebut juga merangkumi soal pemindahan data peribadi dari Eropah ke Amerika Syarikat.

Tonton:

BACA JUGA :

Awek ini tunjuk macam mana rupa tandas wanita kalau kerja di ‘offshore’

Ini cara dapatkan balik duit kita jika tersalah transfer

Bolehkah kita ‘hidup’ tanpa Facebook dan Instagram? Mungkin lepas ni TikTok jadi keutamaan

CATEGORIES