Ramai yang gemar mengunjungi hutan bersama rakan atau keluarga untuk aktiviti riadah seperti perkhemahan, mendaki, dan sebagainya.
Namun, ketika memasuki kawasan hutan, seseorang perlu sentiasa berwaspada kerana terdapat pelbagai risiko, terutamanya ancaman daripada binatang buas.
Melalui satu hantaran di TikTok, seorang lelaki yang berpengalaman dalam selok-belok alam semula jadi, Rahim Bakau, berkongsi petua penting kepada masyarakat.
“Kepada semua hikers dan campers, jika anda menemui lopak air berlumpur seperti ini di dalam hutan, terus patah balik dan jauhi tempat tersebut.
Jangan bertangguh lagi,” katanya, membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa tempat itu perlu dijauhi.
Rahim meneruskan penjelasannya dalam satu video berasingan mengenai bahaya yang dimaksudkannya.
“Lopak air atau kubang seperti ini sering menjadi tumpuan bagi haiwan, seperti babi hutan, yang turun untuk minum air dan menyejukkan badan.
Tetapi, pada masa yang sama, pemangsa seperti harimau belang, harimau bintang, ular sawa, dan lain-lain juga akan berada di kawasan tersebut untuk mencari makan. Ini adalah lokasi berburu bagi mereka.”
Menurut Rahim, kawasan sekitar kubang tersebut sangat berbahaya kerana kemungkinan besar kita boleh menjadi mangsa pemangsa yang menunggu peluang. “Jadi, jika anda berada di sekitar kawasan ini, berhati-hatilah kerana kita boleh menjadi sasaran.”
Tambah Rahim lagi, berbeza dengan sungai yang panjang dan luas, hanya beberapa kawasan tertentu yang menjadi tumpuan haiwan dan pemangsa. Oleh itu, kita perlu bijak untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko.
Antara petanda yang menunjukkan kehadiran pemangsa di sekitar kawasan adalah kesan cakaran pada batang pokok,
jejak tapak kaki, najis yang ditinggalkan, dan bangkai haiwan yang telah dimakan. Rahim menasihatkan semua pendaki dan pengembara agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan petanda-petanda tersebut demi keselamatan dir
BACA: Bilik aircond Nasi Lemak Wanjo kena caj RM1, lain pula jadi bila KPDN respon
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio