Ini satu-satunya pasar paling pelik dalam dunia, beli barang tak pakai duit hanya bayar pakai doa je
Membeli barangan dapur suatu perkara rutin yang dilakukan individu khususnya bagi mereka yang sudah berumahtangga.
Sedar tak sedar, setiap kali membeli barangan dapur mesti cecah ratusan ringgit, maklumlah sekarang harga barangan basah memang melambung tinggi.
Jadinya, jika dengan kos yang kecil, terpaksalah membeli barangan yang penting sahaja atau beli dengan kuantiti yang sedikit.
Kalau ada anak kecil, terpaksalah beli susu yang murah semata-mata untuk ‘cut cost’ untuk kelangsungan hidup tambahan pula tinggal di kota raya.
Ada kalanya terdetik di hati kalau boleh membeli barangan basah dan bayar hanya menggunakan ‘doa’ kan best. Tapi siapa yang nak bagi semua tu kan?
Sebenarnya ada tempat yang menawarkan harga barangan runcit hanya dengan sebuah doa sahaja. Mesti tak percaya kan?
Ya, Pasar Bahagia ini ditubuhkan beberapa kawasan masjid termasuklah Masjid Syuhada Mempawah, Kalimantan Barat Indonesia, Masjid di Kabupaten Kubu Raya dan di Pontianak.
Menerusi laporan Tribun, konsep pasar ini sangat unik kerana bertemakan “berbelanja, bayar dengan doa”. Hanya dengan berdoa, orang ramai dapat membeli barangan kering dan basah untuk kegunaan di dapur.
Ketua pengelola Pasar Bahagia, Helmi berkata aktiviti ini sudah sesi ke 19 dan ia dihadiri lebih 800 orang penduduk di kawasan sekitar.
Pasar tersebut akan dibuka selepas solat Subuh pada setiap hujung minggu itu dengan meletakkan syarat supaya pengunjung perlu mendaftarkan diri kepada pengurus masjid terlebih dahulu.
Program Pasar Bahagia ini merupakan sebahagian usaha murni yang menggunakan derma orang ramai untuk kegunaan para tahfiz, mualaf, anak yati piatu dan pendakwah.
Sejujurnya, tanpa insan berjiwa murni untuk menyalurkan sedekah, tidak mustahil program kebajikan yang dirancangkan tidak mampu dilaksanakan.