Ini satu-satunya cikgu dalam negara 1545 hari ponteng kerja tapi tak kena pecat
Ini satu-satunya cikgu dalam negara 1545 hari ponteng kerja tapi tak kena pecat
Seorang guru yang ditamatkan perkhidmatan kerana gagal melaporkan diri selama 1,535 hari akibat fobia air berjaya mendapat semula jawatannya hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman Yahaya Wahi, 44,
Ini satu-satunya cikgu dalam negara 1545 hari ponteng kerja tapi tak kena pecat
Dan mengembalikan jawatannya yang sudah berkhidmat dalam profesion perguruan selama 18 tahun.
Yahaya yang fobia kepada air berikutan hampir lemas ketika kanak-kanak, gagal hadir selepas terpaksa menaiki bot ke sekolah.
Dia hanya kembali mengajar di sekolah SK RPS Kemar, Gerik selepas menemui jalan darat ke sekolah berkenaan empat tahun kemudian.
Yahaya yang ditamatkan perkhidmatannya mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Taiping untuk membatalkan pemecatannya dan dilantik semula sebagai guru di mana-mana sekolah lain yang boleh dilalui melalui laluan darat.
Hakim K Muniandy (Dulu Hakim Mahkamah Tinggi Taiping) dalam keputusannya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini berkata, Yahaya yang didiagnosis dengan fobia tertentu di bawah persekitaran semula jadi iaitu mental dan gangguan tingkah laku serta perkembangan saraf, tidak memalsukan keadaannya, malah disokong bukti perubatan berterusan dan konsisten.
Menurut penghakiman semakan kehakiman itu, keadaan Yahaya ditambah lagi apabila abangnya mati lemas, yang mana beliau turut berada dekat tempat kejadian.
Katanya, Yahaya mengemukakan tiga laporan perubatan termasuk dari hospital kerajaan mengenai keadaannya.
Bagaimanapun responden tidak mengambil sebarang langkah untuk mengakui atau menafikan bukti perubatan terbabit.
Kesemua responden yang dinamakan dalam semakan kehakiman itu adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof; Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak; Jabatan Pendidikan Negeri Perak; Kementerian Pendidikan; dan Kerajaan Malaysia.
“Oleh kerana keadaan kesihatannya adalah teras kepada kes ini, ia hanya menunjukkan, mereka tidak mempunyai asas untuk memecatnya daripada perkhidmatan perguruan.
“Di pihak sekolah, pengetua menulis surat kepada responden pertama untuk memberitahu dia mula mengajar semula mulai 16 Mei 2017 dan menyatakan pemohon menggunakan laluan pembalakan untuk pergi bekerja.
“Tetapi ia langsung tidak diendahkan oleh responden, sebaliknya ditamatkan perkhidmatan.
“Sepucuk surat yang ditulis oleh rakan guru, iaitu saksi turut menyatakan Yahaya sememangnya ketakutan kerana mukanya pucat dan muntah beberapa kali dalam perjalanan ke sekolah menaiki bot, dan perkara itu juga tidak ditimbangkan oleh responden,” katanya.
Hakim itu berkata, proses yang adil tidak dilakukan oleh responden apabila mereka membuat keputusan menamatkan perkhidmatan Yahaya daripada perkhidmatan perguruan, walaupun ia hanya disebabkan oleh alasan perubatan yang teruk.
Beliau berkata, Yahaya tidak dimaklumkan mengenai haknya untuk merayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiada alasan dikemukakan oleh responden atas kegagalannya berbuat demikian, oleh itu keputusan menamatkan perkhidmatannya adakah tidak sah.
Sehubungan itu, mahkamah mengeluarkan perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan responden yang menamatkan perkhidmatan Yahaya dan mengembalikan jawatan berkenaan kepadanya.
Yahaya menerima pertukaran ke SK RPS Kemar pada 16 Disember 2012 dan bersedia untuk berkhidmat di sekolah yang terletak di pedalaman Gerik kerana mahu berdekatan dengan isterinya dan ibu yang sudah tua di Kelantan.
Bagaimanapun, guru Sains dan Matematik itu gagal melaporkan diri di sekolah pada tarikh itu, hanya hadir bertugas pada 3 April 2013 kerana mendapati dia terpaksa ke sekolah dengan bot menyeberangi tasik.
Beliau menerima rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan di Sungai Petani dan dirujuk ke jabatan psikiatri pada 2015.
Dia tidak mengajar di sekolah berkenaan sehingga menemui laluan darat ke sekolah itu, iaitu jalan pembalakan pada 16 Mei 2017.