Ini respon pemimpin Pas selepas artis wanita Kelantan ditangkap Polis Siam kes dadah

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak campur tangan dalam siasatan terhadap enam rakyat Malaysia,

Termasuk seorang artis wanita dari Kelantan, yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di sebuah hotel berhampiran pekan Sungai Golok pada Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan, berharap kes ini dapat menjadi pengajaran

kepada rakyat Kelantan untuk sentiasa menjaga tingkah laku, terutama bagi individu yang dikenali ramai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan penahanan enam individu tersebut,

Ini respon pemimpin Pas selepas artis wanita Kelantan ditangkap Polis Siam kes dadah

di mana pihak berkuasa Thailand telah menemukan kira-kira 6,000 biji pil kuda dalam serbuan itu. Kesemua suspek kini dalam tindakan lanjut oleh pihak berkuasa Thailand.

Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata bahawa kes ini diharap dapat menjadi pengajaran kepada semua, memandangkan ia melibatkan individu yang dikenali ramai.

“Kes ini boleh dijadikan pengajaran, terutamanya kepada rakyat Kelantan, untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga tingkah laku, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai nama, berikan contoh yang baik,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya telah meminta agensi penguatkuasaan untuk mempertingkatkan kawalan dan kerjasama bagi memastikan kemasukan dadah, sama ada dari dalam atau luar negara, dapat disekat.

BACA:Walaupun jauh dari daratan, ini alat yang bantu hantar isyarat kecemasan atas kapal