Ini respon padu Azhar Sulaiman bila Sanusi kecam pengundi PN minta duit tambang

Oleh INFORAKYAT

Ini respon padu Azhar Sulaiman bila Sanusi kecam pengundi PN minta duit tambang. Meskipun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah hampir tiga minggu berlalu namun masih ada isu yang dibangkitkan.

Minta ‘habuan’ pulang mengundi

Baru-baru ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penyokong parti itu yang menuntut duit untuk pulang mengundi.

Pengundi PH tidak pernah minta walau pun 10 sen, sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara.

Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta.

Ini respon padu Azhar Sulaiman bila Sanusi kecam pengundi PN minta duit tambang

Dia undi PH, dia jahanamkan kita. Hampa (anda) RM50 riuh merata, minta merata buat video dan tunjuk kat orang, buat malu.

Prihatin dengan rakyat

Kenyataan itu menarik perhatian pelakon Azhar Sulaiman untuk tampil mengulas di Instagram (IG). Azhar, 51, menitipkan doa agar Sanusi berubah menjadi individu yang menitikberatkan tutur kata.

Susulan kenyataan tersebut, Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Menteri Besar Kedah itu kerana dipercayai ada kaitan dengan politik wang.

BACA:

“Kami sedang usaha kabinet ini tidak tahan lama” – Shahidan

Rafizi akhirnya bersuara sebab Anwar jadi Menteri Kewangan

Khai Bahar tinggalkan peminat semata-mata nak tengok Hawa live