Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dengan tegas menolak tuntutan PAS yang mendesaknya untuk meletakkan jawatan
Berkaitan isu titah adendum rayuan mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Dalam sidang media pagi tadi, Anwar hanya tersenyum dan menjawab “oooh” sebelum meninggalkan tempat itu bersama rombongannya.
Jawapannya jelas, tidak memberi ruang untuk sebarang spekulasi lanjut.
Anwar, yang pada waktu yang sama melancarkan Forum Ekonomi Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai desakan PAS itu.
Desakan PAS supaya beliau meletakkan jawatan timbul selepas dakwaan bahawa Anwar didakwa sengaja menyembunyikan maklumat berkenaan titah tambahan dari Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Januari lalu.
Titah tersebut didakwa memberi kebenaran kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Fadhli Shaari, Ketua Penerangan PAS, menegaskan bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini. Sementara itu, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, menyifatkan tindakan menyembunyikan maklumat berkenaan titah tersebut sebagai satu pengkhianatan.
BACA: Ramai sangka wabak yang meragut banyak nyawa dah hilang tapi sebenarnya masih wujud