Ini respon Menteri Agama bila Mufti Perlis cabar berdialog isu RUU Mufti

Oleh AHMAD SULAIMAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata pada tahun 2021

satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan menggubal akta khusus untuk mufti. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan Jabatan Mufti Selangor, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Penggubalan RUU Mufti ini adalah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memartabat dan memperkasakan institusi mufti di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Ini respon Menteri Agama bila Mufti Perlis cabar berdialog isu RUU Mufti

“Menerusi pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan hukum syarak dapat ditadbir secara teratur, telus, serta berwibawa ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia,” katanya lagi.

RUU Mufti, yang akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Dewan Rakyat kali ini, telah menerima banyak kritikan, antaranya daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang menyifatkannya sebagai membawa “tafsiran sempit” dan tidak inklusif mengenai Ahli Sunnah wal Jamaah.

Terbaru, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, telah mengajak Mohd Na’im untuk berdialog bagi menilai kemampuan menteri itu mempertahankan RUU tersebut.

Mohd Na’im tidak mengulas mengenai ajakan Mohd Asri dalam kenyataannya, tetapi menyatakan bahawa penggubalan RUU Mufti tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertentu.

Beliau juga menyatakan bahawa proses penggubalannya dipastikan dilakukan secara teratur dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada.

“Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang tidak bersandarkan fakta kerana ia boleh mencetuskan polemik terhadap usaha murni ini,” katanya lagi.

BACA: Tak mungkin Australia hantar pembunuh Altantuya pulang, rupanya ini sebab Australia berbuat demikian