Ini reaksi pemimpin DAP terhadap kematian bekas adun PAS, tak sangka dia boleh cakap macam itu..

Ini reaksi pemimpin DAP terhadap kematian bekas adun PAS, tak sangka dia boleh cakap macam itu..

Ini reaksi pemimpin DAP terhadap kematian bekas adun PAS, tak sangka dia boleh cakap macam itu… Saya menerima berita yang amat mendukacitakan pada pagi hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina selepas mengetahui sahabat baik saya telah meninggal dunia. Dalam keadaan yang masih terkejut, saya terus menghubungi isteri arwah dan beliau mengesahkan berita tersebut. Saya kemudiannya bergegas ke Meru untuk menziarahi Allahyarham dan memberikan penghormatan terakhir buatnya.

Di dalam masjid pula, kedengaran doa yang dibacakan bercampur-baur dengan tangisan dan berakhir dengan kata-kata ini – “ini hamba Allah yang baik”. Saya menjadi saksi bahawa Dr Rani adalah seorang insan yang baik. Benar, masakan tidak, setiap kali saya diserang kerana kepercayaan agama saya, beliaulah yang akan meyakinkan saya untuk tidak berasa bimbang. Apabila anak perempuan saya dilahirkan dan diadakan majlis ringkas di gereja, Dr Rani turut menghadirinya. Semasa isu serbuan DUMC berlaku, beliaulah mengetuai delegasi ahli politik Islam untuk berdialog dengan pihak gereja. Beliau memperlihatkan kepada saya bagaimana kita boleh menjalani kehidupan bersama dengan orang yang berlainan agama.

Apabila Pakatan Rakyat berpecah, Dr Rani terus kekal dalam PAS. Keputusan terbaik yang dicapai oleh PAS Selangor dalam pilihan raya umum adalah semasa Dr Rani mengetuainya, iaitu ketika beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Kami terus kekal berhubung. Malah, saya sempat berjumpa beliau dan makan bersama di Meru tahun lepas. Saya berasa lega kerana tidak menangguhkan hasrat tersebut. Apabila papan iklan kempen saya dirosakkan baru-baru ini, saya mendapat mesej daripada Dr Rani yang bertanyakan keadaan saya. Hari ini, isterinya memberitahu saya yang beliau baru saja melihat saya di TV sebagai Menteri Belia dan Sukan 😭

Ini reaksi pemimpin DAP terhadap kematian bekas adun PAS, tak sangka dia boleh cakap macam itu..

Saya benar-benar bersyukur kerana dapat hadir di hari pengebumiannya hari ini. Air mata saya tidak tertahan lagi semasa berada di sini. Beliau tentunya akan sangat dirindui. Kami mungkin seteru dalam politik, namun Dr Rani adalah satu-satunya malah seorang sahabat yang paling dikasihi. Begitulah bagaimana saya akan mengenangnya. Semasa hayat Tuan, ketika mempunyai jawatan ataupun tanpa sebarang jawatan, Tuan telah memberikan khidmat bakti terbaik buat rakyat Meru.

Segala-galanya dalam diri saya bersetuju dengan doa terakhir buat insan ini – “ini hamba Allah yang baik”. Ya dan amin. Dr Rani, saya begitu sayangkan Tuan dan terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya.

Minum bersama kami yang terakhir https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=616881683138176&id=100044490487077

***************************************

Here lies a good man Dr. Abd Rani Osman.

Second day of Chinese New Year brought sudden news in the morning that my good friend had passed on. In shock, I called his wife and she confirmed the sad news. I rushed to Meru to bid farewell.

In the mosque, the prayers mixed with sobbing ended with “ini hamba Allah yang baik”. I can testify that this is indeed true. Dr Rani was a good good man. Whenever I was attacked for my faith, he would assure me not to worry. When my daughter was born and dedicated in church, Dr Rani attended the simple ceremony. When the DUMC raid happened, he led a delegation of Muslim politicians to dialogue with the church. He showed me how to do life with people of other faiths.

When Pakatan Rakyat went our separate ways, Dr Rani remained in PAS. PAS Selangor’s best outing in general elections happened when Dr Rani was leading it, when he was the Selangor PAS Commissioner. We kept in touch. Last year, we met and had a meal together in Meru. I am glad I did not procrastinate that nudging I had in my heart. When my campaign billboards were vandalised recently, Dr Rani messaged me to check on me. His wife told me that he had just watched me on TV serving as Minister of Youth and Sports 😭

Glad I am in town today so I could be at his burial. Cried my eyes out. He will be missed so dearly. Politically we are opponents but Dr Rani was first and foremost a dear friend. And I will remember him that way. You lived the high calling of public service so well. Loss of positions did not deter you from serving the people of Meru.

Everything in me concurs with that last prayer said about this man’s life – “ini hamba Allah yang baik”. Yes and amen. I love you Dr Rani and thank you for touching my life.

Our last meal together – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=616881683138176&id=100044490487077

BACA:

Anak content creator Nengok TV jadi tular selepas lukisannya di lantai dapat jutaan penonton

‘Sedekah’ di luar musim buka sekolah dan waktu banjir

CATEGORIES