Ini rahsia buat telur dadar crispy buat para isteri, confirm suami tak cari lain punya lah.. Jika ditanya, menu apakah yang paling mudah dan enak untuk dihidangkan kepada keluarga.
Pastinya ramai yang akan menjawab telur.
Ini kerana telur adalah menu paling express untuk disediakan lebih lebih lagi bagi isteri-isteri yang bekerja.
Dan telur adalah menu yang paling digemari. Tak kisahlah sama ada telur rebus, telur mata, telur dadar ataupun telur bistik.
Setiap kali dihidangkan, pasti licin pinggan.
Yang paling digemari oleh seisi keluarga pastinya Telur Dadar lebih-lebih lagi jika ia dimasak rangup.
Boleh bertambah nasi dalam pinggan suami dan anak-anak.
Tapi ramai yang mempunyai masalah bila telur dadar yang dimasak tidak rangup malah bila dipotong, dalamnya masih belum masak.
Menurut @fikachan97 beliau telah cuba bermacam cara, namun ini resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam. Mari kita ikuti perkongsian cikka ini di bawah.
CARA MASAK TELUR DADAR VERSI CRISPY DI LUAR, GEBU DIDALAM
Cikka dah cuba macam-macam cara, tapi ni resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam.
Oh! Ini Cara Betul Buat Telur Dadar Crispy, Rangup dan Gebu
BAHAN-BAHAN :
2 biji telur
Bawang Holland yang dicincang
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa (tak masuk pun takpe)
1 sudu besar cuka putih
1 susu besar air
CARA-CARA :
1. Mula-mula pecahkan dua biji telur
2. Kemudian masukkan bawang holland yang telah dicincang/potong dadu
3. Masukkan garam, perasa secukup rasa.
4. Kemudian ini bahan rahsianya iaitu 1 sudu besar cuka putih. Satu sudu je tau
6. Lepas itu masukkan 1 sudu besar air.
7. Kacau telur bersama semua bahan tadi sampai kembang dan berbuih macam ni.
8. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas.
9. Barulah masukkan telur, bila telur bahagian bawah dah cripsy baru balikkan telur.
Oh! Ini Cara Betul Buat Telur Dadar Crispy, Rangup dan Gebu
8. Angkat telur, toskan minyak dan boleh lah dihidang.
SEDIA UNTUK DINIKMATI
Rangup di luar dan gebu di bahagian dalamnya
BACA:
‘Daging mai mana?’, bekas suami kirim daging babi untuk anak-anak makan