Ini rahsia bancuh tepung goreng bagi pisang goreng rangup, hanya tambah 2 bahan. Pisang goreng yang sedap dan rangup walaupun ketika masih sejuk sememangnya menjadi igauan kita.
Apa rahsianya? Perkongsian resipi Yayar B. Awang Noh yang menggunakan resipi ini untuk berniaga pisang goreng selama 15 tahun ini anda kena cuba.
Memang simple, rangup dan sedap. Jom cuba!
Salam semua. Jom Yayar kongsi resipi tepung pisang goreng yang abang Yayar buat niaga selama hampir 15 tahun. Dengan ini Yayar ikhlas kongsi dan juga boleh sahabt gunakan untuk yang mahu mulakan pernigaan pisang goreng.
Resipi tepung pisang:
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan sikit
Gula sesudu besar
Gram sesudu
Telor 1 biji
Satukan semua bahan dan gaulkan sampai sebati.
Sukatan tepung ni Yayar dah kecilkan sesuai untuk 1 atau dua sikat pisang. Boleh guna pisang abu, pisang nangka mahupun pisang tanduk. Banyak lagi pisang tapi lupa nak senaraikan.
Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
BACA:
Rakyat disaran beli ikan air tawar jika ikan laut mahal – MB Kelantan
“Semua benda tertojol mula-mula”, demi hormatkan Ustaz Kazim, Kak Lina tutup semua
Petua elak kucing berak dan kencing merata, guna 2 bahan dapur ni je