Tayar merupakan salah satu komponen utama kenderaan yang berfungsi sebagai penggerak.
Pernahkah anda perasan terdapat lekukan pada setiap tayar? Itu dikenali sebagai bunga tayar.
Bunga tayar direka untuk ‘mencengkam’ jalan raya dan membelah lopak air, terutamanya pada permukaan yang licin.
Namun, penggunaan tayar dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan tayar cepat haus.
Menariknya, tayar kadangkala haus hanya pada bahagian tertentu, seperti sisi luar, sisi dalam, atau bahagian tengah, walaupun bunga tayar lain masih dalam keadaan baik.
Masalah ini juga boleh berlaku pada tayar yang baru ditukar.
Sebagai pemandu, apa tindakan yang perlu diambil dan apakah punca sebenar tayar botak sebelah ini berlaku?
Menerusi perkongsian video oleh pemilik akaun TikTok @altimatautogarage, dinyatakan bahawa setiap jenis kehausan tayar datang dari pelbagai masalah yang berbeza.
Jenis-jenis tayar haus & punca sebenar
Jika tayar kereta botak hanya pada bahagian luar, itu petanda bahawa kereta anda mungkin mengalami masalah dengan balancing dan alignment.
Sebaliknya, jika tayar kereta anda haus hanya pada bahagian tengah, ini menunjukkan absorber kereta mungkin mengalami masalah atau angin tayar melebihi kapasiti yang sepatutnya.
Situasi ini pastinya boleh menjejaskan kestabilan pemanduan dan membahayakan nyawa semua pengguna jalan raya.
Bagi tayar kereta yang haus pada bahagian dalam, ini bermakna kereta tersebut berkemungkinan mempunyai masalah pada lower arm, absorber link, tie rod end, dan rack end.
Oleh itu, jika mana-mana tayar kereta anda mengalami masalah ini, segera bawa ke bengkel untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini semasa pemanduan.
Semoga informasi ini bermanfaat.
BACA: Gaji minimum rakyat Malaysia RM1700, ramai terkejut gaji minimum warga asing RM2600