Ini punca sebenar nasi cepat basi, rupanya kena cuci periuk pakai bahan ini

Oleh INFORAKYAT

Ini punca sebenar nasi cepat basi, rupanya kena cuci periuk pakai bahan ini. Eh baru masak nasi malam, pagi dah basi?”

Biasanya, nasi boleh bertahan selama 24 jam atau lebih selepas dimasak tetapi pelik juga kalau nasi terlalu cepat basi dan terpaksa dibuang kerana tidak boleh dimakan. Memang pening kepala dibuatnya memikirkan masalah nasi cepat basi ini tetapi sebenarnya anda mungkin tidak tahu punca nasi cepat basi disebabkan periuk nasi.

Ada yang cakap bila nasi dah basi sekali, ia akan berlaku berkali-kali. Bagi mengelakkan masalah nasi cepat basi berterusan, apa kata cuci periuk anda mengguna bahan di bawah seperti perkongsian Ida Shahida di laman Facebook.

PATUTLAH NASI CEPAT BASI, RUPANYA KENA CUCI PERIUK GUNA 2 BAHAN INI

Periuk nasi-nasi suka jadi basi? Dah kerap nasi jadi basi? Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria. Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.

Ini punca sebenar nasi cepat basi, rupanya kena cuci periuk pakai bahan ini

Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak. Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cept basi.

Cuci periuk dengan sabun bagi bersih dan masukkan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping.tambah sedikit ja air supaya air garam dan asam dapat bersatu. Cuci periuk dengan tangan selama 3-4 minit pastu biarkan selama 15 minit. Ulangi 3-4 kali.

Buat dekat tudung periuk sekali-sama. Pastu cuci dengan sabun. Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali. Pastu didihkan selama 15 minit dengan air bersih. Pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula 2-3 kali.

Masalah akan berulang. Kalau ada nasi lebih dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat. Masukkan kedalam peti ais bahagian buat ais tu, bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau.

Cara stim semula nasi:

– Selain kukus anda juga boleh masukkan dalam periuk letrik dan tambahkan sedikit air panas dan tekan cook. Bila dah panas nasi akan jadi cantik semula dan lembut dimakan.

Lagi satu caranya jika anda ada microwave:

– Masukkan kedalam mangkuk tahan panas, basahkan 2-3 helai tisu, perah air perlahan lahan dan buka semula tisu tadi dan letak/tudung keseluruhan bahagian atas nasi tadi. Tekanlah cook selama 2-3 minit. Nasi akan jadi lembut dan cantik seperti baru dimasak.

Cara panaskan:

– Tambah air panas/minum sikit tapi sebelum tu masa awal awal nak buka tudung periuk tu. Buka perlahan-lahan supaya wap di tudung periuk tu tidak menitis masuk semula kedalam periuk setelah semalaman bertudung sebab wap inilah yang akan membuatkan/mempercepatkan nasi jadi basi. Elakkan wap yang ada di tudung periuk itu jatuh semula ke dalam periuk nasi.

BACA:

Lambaian sayu Rosmah kepada Najib buat netizen sedih

Kereta Kebal rosak tengah jalan, didakwa dalam perjalanan ke raptai merdeka

Mira Filzah pelik orang sorok muka anak, “keluar rumah pun orang tetap akan nampak”