Ini punca Jong Un menangis kerana rakyatnya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Kim Jong-un, pemimpin tertinggi Korea Utara, terlihat menangis ketika mengeluarkan seruan kepada wanita-wanita di negaranya

Hanya untuk meningkatkan kadar kelahiran sebagai tindakan untuk mengatasi penurunan trend kelahiran dan pada masa yang sama, mengukuhkan kedudukan rejimnya.

Laporan dari portal berita MailOnline semalam menyatakan bahawa Kim Jong-un, dalam rayuannya yang penuh emosi

Ini punca Jong Un menangis kerana rakyatnya

, berbicara kepada ribuan wanita yang hadir dalam Mesyuarat Ibu-Ibu peringkat kebangsaan di Pyongyang pada Ahad lepas.

“Mencegah penurunan kadar kelahiran dan penjagaan anak yang baik adalah tugas pengurusan rumah tangga yang kita perlu tangani semasa bekerja dengan kaum ibu,” kata Jong-un pada majlis itu.

Perhimpunan tersebut diadakan buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun dan ia berlangsung ketika kadar kelahiran Korea Utara semakin rendah. Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pegawai-pegawai tinggi negara tersebut.

Data banci rasmi terakhir Korea Utara yang dikeluarkan pada 2008 menunjukkan penduduknya berjumlah 24 juta orang, manakala anggaran terkini mencadangkan populasi negara itu sebanyak 25.7 juta orang.

Namun, penilaian yang dibuat oleh Korea Selatan menunjukkan bahawa kadar kesuburan negara jirannya itu telah menurun secara berterusan sejak 10 tahun lalu.

Baca juga: Nak suburkan tanaman tapi tak nak guna bahan kimia? Rupanya barang buang dapor pon boleh jadi baja