Cili kisar adalah bahan asas yang wajib ada di dapur untuk memudahkan penyediaan masakan harian.
Namun, masalah utama yang sering dihadapi ialah cili kisar mudah berkulat walaupun baru beberapa hari disimpan di dalam peti ais.
Bayangkan, kita sudah bersusah payah mengisar cili untuk kegunaan seminggu, tetapi baru lima hari, ia sudah naik kulat.
Lebih mengecewakan apabila jumlah cili kisar yang tersisa masih banyak.
Supaya masalah ini tidak berulang, cubalah tip mudah yang dikongsi oleh Puan Mim Nazihah.
Dengan cara ini, cili kisar boleh tahan sehingga satu atau dua bulan tanpa berkulat.
Tip Cili Kisar Tahan Lama
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
Cara-cara:
Sediakan bahan:
Potong cili kering dan buang bijinya.
Kupas bawang putih.
Cuci kedua-duanya sehingga bersih.
Rebus:
Rebus cili kering bersama bawang putih sehingga cili menjadi lembut.
Toskan:
Setelah cili dan bawang putih direbus, toskan sahaja tanpa membilas semula.
Elak membilas menggunakan air paip kerana ia boleh menyebabkan cili kisar cepat rosak.
Kisar:
Biarkan bahan sejuk seketika sebelum dikisar.
Kisar menggunakan air tapis bersama bawang putih.
Gabungan air tapis dan bawang putih bertindak sebagai anti-kulat semula jadi.
Dengan kaedah ini, cili kisar yang dihasilkan bukan sahaja tahan lebih lama, tetapi juga kekal segar tanpa berbau masam atau naik kulat.
BACA: Jalan utama Machang terputus akibat banjir, netizen sindir ‘bahana menfitnah la ni