Ini perang berdarah yang jadi punca Pahang dengan Johor bercantum, ini punca berlakunya perang

Oleh INFORAKYAT

Ini perang berdarah yang jadi punca Pahang dengan Johor bercantum, ini punca berlakunya perang.

Sejak era Kesultanan Melaka, Pahang sudah memiliki pemerintahannya yang tersendiri melalui Sultan Muhammad Shah.

Baginda yang merupakan anakanda kepada Sultan Mansur Syah di Melaka telah diangkat sebagai sultan pertama untuk negeri Pahang.

Ini perang berdarah yang jadi punca Pahang dengan Johor bercantum, ini punca berlakunya perang

Tetapi secara tiba-tiba sultan daripada wangsa Melaka di Pahang telah hilang dan negeri itu terus bercantum dengan Johor untuk membentuk Empayar Johor.

 

Persoalannya macam mana Pahang dan Johor boleh bercantum menjadi satu?

Semuanya bermula setelah Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah dibunuh oleh putera baginda yang kedua.

Tampuk pemerintahan telah diambil alih oleh putera kedua selama setahun sahaja. Selepas itu, Sultan Johor iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah III dengan bantuan orang Portugis telah melantik putera baginda, Raja Bujang sebagai pemerintah di Pahang.

Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda berasa sangat murka dengan tindakan Johor bekerjasama dengan Portugis. Sebab sebelum ini Johor telah berjanji akan membantu Aceh bagi menghadapi Portugis di Melaka.

Aceh pun dalam keadaan begitu marah terus menyerang Johor. Hasilnya Johor telah kalah dengan mudah hingga menyebabkan Sultan Alauddin Riayat Shah III ditawan dan dibawa ke Aceh. Baginda telah mangkat di sana dan tampuk pemerintahan Johor telah diwarisi oleh Sultan Abdullah Ma’ayat Shah.

Serangan itu tidak memberi kesan kepada kedudukan Raja Bujang di Pahang. Maka Acheh menghantar tentera sekali lagi untuk menggempur Pahang. Kali ini Raja Bujang tidak terdaya untuk melawan dan terus berundur ke Lingga. Aceh yang menjadi pemenang terus meletakkan Pahang di bawah lingkungannya. Pahang kembali diperintah oleh putera kedua.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Kekalahan itu menyebabkan ramai tawanan dan kerabat di raja Pahang telah dibawa ke Aceh termasuklah Raja Mughal. Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat Aceh bertambah dengan cepat melalui kehadiran tawanan daripada Pahang.

BACA:

‘Tak logik jalan kaki 3 hari sampai KL, KOMANDO pun pencen macam ni’, netizen persoal Noorazlan

‘Tiket flight macam tiket bas dia buat’, Azhar Sulaiman pening Leona balik dari UK hanya nak pergi bazar ramadhan TTDI