Ini pengakuan Takiyuddin selepas didakwa kahwin dengan Menteri dari Bersatu. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan masih berteka-teki mengenai status perkahwinannya dengan seorang ahli politik dari Selangor.
“My wife is a voter in Malaysia, so she’s considered as a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik),”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pendakian 121 Puncak sempena sambutan ulang tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di sini, pada Ahad.
Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas khabar angin beliau mengahwini seorang ahli politik popular baru-baru ini.
Selain Takiyuddin yang tidak memberi sebarang pengesahan, ahli politik wanita itu yang namanya dikaitkan turut mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang tular di media sosial.
BACA:
“Anak terlalu minat dengan lori sampah”, tindakan ibu ini dipuji
Apabila Ernie Zakri dan Hafiz bergabung, semua terpesona, “gabungan terbaik Malaysia!”
Cikgu akhirnya dapat tahu sebab muridnya selalu lambat, menangis jika ditanya soal ni