Ini lima faktor langganan Astro dah merudum teruk

Ini lima faktor langganan Astro dah merudum teruk

Ini lima faktor langganan Astro dah merudum teruk. Penurunan jumlah langganan yang menyebabkan harga saham Astro Malaysia Holdings Bhd menunjukkan trend penurunan sejak suku ketiga tahun kewangan 2018 adalah berpunca daripada lima faktor, demikian menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

Ia berkata, faktor pertama yang menyumbang kepada penurunan langganan stesen televisyen (TV) berbayar itu adalah peningkatan penggunaan kotak TV haram yang membolehkan pengguna menstrim kandungan berbayar secara percuma.

Firma penyelidikan itu berkata, ia turut didorong oleh meningkatnya persaingan daripada Unifi TV yang disertakan dengan perkhidmatan Telekom Malaysia (TM) lain seperti internet dan telefon, selain persaingan daripada penyedia perkhidmatan penstriman lain.

“Pendapatan isi rumah lebih rendah dan sekatan operasi berpunca daripada pandemik menyebabkan penurunan langganan isi rumah, selain sekatan sosial daripada pandemik yang secara negatif memberikan kesan kepada langganan komersial,” kata HLIB Research dalam nota penyelidikan yang disediakan oleh Tan Kai Shuen dan Tan Je Jyne.

HLIB Research berkata, kemerosotan pendapatan pengiklanan pula adalah berpunca daripada pengiklanan digital seperti Facebook dan Google yang menenggelamkan penguasaan pasaran saluran iklan tradisional, selain penurunan asas pelanggan Astro dalam aset TV dan radio.

Ini lima faktor langganan Astro dah merudum teruk

“Bagaimanapun, terdapat beberapa perkembangan penting yang kami percaya akan membantu memulihkan Astro,” katanya.

HLIB Research berkata, ia termasuk Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 akan membanti mengurangkan bilangan kotak TV haram yang digunakan dan dijual kerana ia membolehkan Astro mengambil tindakan undang-undang ke atas penjual serta pengedar kandungannya secara tidak sah.

Selain itu, ia berkata Astro dapat menangani persaingan daripada Unifi TV dan penyedia perkhidmatan penstriman lain dengan melancarkan jalur lebar fiber sendiri serta menjadi aggregator perkhidmatan penstriman.

“Dengan pelancaran perkhidmatan jalur lebarnya sendiri, Astro mampu memberikan nilai yang sama seperti TM kepada pelanggan dengan menyediakan kemudahan satu bil di samping penjimatan kos.

“Selain itu, daripada bersaing secara terus dengan penyedia perkhidmatan penstriman untuk tontonan, Astro menggunakan strategi menjadi ‘aggregator’ perkhidmatan penstriman dan memberikan lebih nilai kepada tawaran kandungan,” katanya.

HLIB berkata, ketika Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik dan jaminan pekerjaan lebih kukuh, ia percaya ini akan memulihkan penurunan langganan isi rumah serta komersial yang berpunca daripada pandemik.

“Akhir sekali, dengan pelbagai halangan yang dihadapi oleh syarikat pengiklanan digital seperti Facebook dan Google, selain jurang pulangan ke atas pelaburan (ROI) yang semakin kecil bagi perbelanjaan iklan berbanding Astro, kami percaya lebih banyak pengiklan akan kembali ke saluran tradisional seperti TV dan radio, terutama dengan pelancaran pengiklanan khusus oleh Astro,” katanya.

HLIB Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas saham Astro dengan harga sasaran tidak berubah RM1.34.

BACA:

Tular gambar nikah di Tiktok, Baby Shima rupanya janda?

Bubar parlimen 1 September, PRU 8 Oktober – Tarikh penting pilihanraya bocor?

Dah 20 tahun kekal harga makanan, peniaga dakwa rezeki makin bertambah

CATEGORIES