Ini latarbelakang lelaki yang ketawa terbahak-bahak sebelah Gus Miftah

Oleh DAHLIA MARZUKI

Tindakan Miftah Maulana Habiburrahman, atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah, menghina seorang penjual teh ais

Dengan mengeluarkan perkataan “bodoh” ketika berceramah di Magelang, Jawa Tengah pada 20 November lalu, terus menjadi perbualan hangat hingga kini.

Walaupun Gus Miftah telah memohon maaf, tindakannya itu masih belum diterima baik oleh warga maya yang menganggap perbuatannya sangat biadab.

Selain Gus Miftah, seorang lagi tokoh agamawan Indonesia, Kiai Haji Usman Ali, turut menerima kecaman.

Ini kerana beliau dilihat ketawa terbahak-bahak selepas mendengar kata-kata kurang sopan yang diucapkan oleh Gus Miftah kepada penjual teh ais tersebut.

Ini latarbelakang lelaki yang ketawa terbahak-bahak sebelah Gus Miftah

Dalam insiden di Magelang itu, Usman Ali ketawa dengan begitu kuat berbanding tetamu lain, menyebabkan netizen merasa marah dan kesal.

Siapakah Usman Ali?

Usman Ali adalah seorang tokoh agamawan yang cukup terkenal di Indonesia. Namun, tindakannya mentertawakan penjual teh ais dianggap tidak wajar dan tidak mencerminkan sifat seorang agamawan sejati.

Untuk makluman, Usman Ali merupakan pengasas sekolah pondok di Magelang. Dilahirkan pada 5 Julai 1975, beliau juga dihormati dalam kalangan Nahdlatul Ulama (NU) di kawasan tersebut.

Sekolah pondok yang diasaskan oleh Usman Ali bermula dengan hanya empat pelajar dari kalangan jiran tetangganya. Kini, institusi tersebut berkembang menjadi pusat pendidikan agama dengan lebih 700 pelajar.

Namun, akibat tindakannya dalam insiden tersebut, terdapat ibu bapa yang dilaporkan mempertimbangkan untuk mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah pondok yang diasaskannya.

BACA: Tular kisah lelaki kahwin tiga, rupanya ada plot twist