Ini latar belakang Joshua tunang Siti Saleha buka sebarangan rupanya

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Siti Saleha nama yang tidak asing dalam industri seni. Namanya melonjak

ketika membintangi drama bersiri TV3 7 Hari Mencintaiku, dengan watak popular sebagai Mia Adriana.

Aktres itu pernah mendirikan rumah tangga pada 2017 sebelum berakhir empat tahun kemudian iaitu pada 2022.

Namun Siti Saleha baru-baru ini mendedahkan jejaka pilihan yang berjaya menambat hatinya,

Joshua Fitton yang kini secara rasmi sudah menjadi tunangannya.

Ini latar belakang Joshua tunang Siti Saleha buka sebarangan rupanya

Khabar percintaan mereka bukan perkara baharu kerana sejak dua tahun lepas banyak gambar aktres itu tersebar dengan Joshua.

Menerusi beberapa laporan, Joshua merupakan seorang pereka fashion terkenal tanah air.

Joshua Fitton jenama fesyen bernama Atelier Fitton dan merupakan pengarah kreatif untuk jenama tersebut.

Atelier Fitton satu jenama yang amat premium dan mewah yang menggabungkan elemen English dan juga tradisional.

Dari segi peribadi, Joshua Fitton mempunyai ibu berbangsa Melayu dan bapanya merupakan orang putih.

Dia mempunyai seorang adik perempuan, yang merupakan seorang pelakon bernama Leila Louise Fitton, pelakon Crazy Rich Asian.

Joshua menamatkan pengajiannya dengan Masters dalam bidang architecture dari Lincoln School of Architecture, University of Lincoln.

Baca juga : ‘Tak sampai 2 tahun kahwin, suami nak kahwin lagi dengan kawan sekolah lama, saya siasat..’