Ini kronologi mudah faham untuk rakyat biasa kes FashionValet

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

FashionValet Sdn Bhd bukanlah nama yang asing bagi rakyat Malaysia, terutamanya kerana pengasasnya,

Vivy Yusof, yang sering tampil seperti selebriti dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Vivy Yusof bersama suaminya, Fadzarudin Anuar,

FashionValet muncul sebagai salah satu platform e-dagang pertama di Malaysia yang memberi fokus kepada fesyen sederhana serta pereka tempatan.

Pada bulan lalu, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjual pegangan mereka dalam FashionValet Sdn Bhd dengan nilai RM3.1 juta,

Ini kronologi mudah faham untuk rakyat biasa kes FashionValet

selepas pelaburan gabungan berjumlah RM47 juta yang dibuat pada tahun 2018.

Kementerian Kewangan mengesahkan penjualan tersebut dalam jawapan bertulis kepada Parlimen pada 29 Oktober sebagai respons kepada soalan daripada Yeo Bee Yin (PH-Puchong) berkenaan jumlah pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam FashionValet, serta kerugian akibat penurunan nilai dan penjualan saham.

Kerugian melebihi RM43 juta ini telah mencetuskan pelbagai kritikan awam dan desakan untuk penyiasatan yang lebih mendalam, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah menjalankan audit dalaman.

Berikut adalah kronologi ringkas peristiwa berkaitan isu ini:

29 Oktober: Kementerian Kewangan memaklumkan dalam jawapan bertulis di Parlimen bahawa Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners, berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat pada 2018 (Khazanah RM27 juta, PNB RM20 juta).

31 Oktober: Jurucakap kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil, menyatakan Khazanah, PNB, dan FashionValet perlu memberikan penjelasan mengenai kerugian pelaburan RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) ini.

1 November: Khazanah dan PNB mengeluarkan kenyataan berasingan menjelaskan pelaburan dalam FashionValet.

1 November: Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan PNB dan Khazanah, dan memaklumkan bahawa mereka akan melepaskan jawatan masing-masing.

2 November: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa isu kerugian pelaburan RM43.9 juta oleh PNB dan Khazanah dalam FashionValet berada dalam radar siasatan mereka.

2 November: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah menjalankan audit dalaman untuk menyiasat kerugian tersebut.

3 November: Seorang Ahli Lembaga Pengarah FashionValet menafikan dakwaan berkaitan kes tersebut yang sedang disiasat SPRM.

4 November: SPRM melakukan serbuan ke atas Kementerian Kewangan, Khazanah, PNB, dan ibu pejabat FashionValet untuk membantu siasatan.

5 November: Vivy Yusof dan suaminya memberi keterangan di pejabat SPRM.

6 November: Pada hari kedua, SPRM menyambung proses merekod keterangan daripada Vivy dan suaminya.

6 November: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan bahawa mereka akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada wakil FashionValet, PNB, dan Khazanah perlu dipanggil untuk siasatan lanjut.

6 November: SPRM menggeledah kediaman pasangan Vivy dan Fadzarudin di Mont Kiara, Kuala Lumpur, dan menyita barangan termasuk 11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

7 November: Vivy dan Fadzarudin hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk kali ketiga bagi direkod keterangan.

7 November: SPRM membekukan 11 akaun bank persendirian dan enam akaun syarikat milik Vivy dan Fadzarudin bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

7 November: SPRM memaklumkan bahawa mereka telah merekod beberapa keterangan daripada individu penting termasuk pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat, dan pempengaruh.
FashionValet Sdn Bhd bukanlah nama yang asing bagi rakyat Malaysia, terutamanya kerana pengasasnya, Vivy Yusof, yang sering tampil seperti selebriti dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Vivy Yusof bersama suaminya, Fadzarudin Anuar, FashionValet muncul sebagai salah satu platform e-dagang pertama di Malaysia yang memberi fokus kepada fesyen sederhana serta pereka tempatan.

Pada bulan lalu, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjual pegangan mereka dalam FashionValet Sdn Bhd dengan nilai RM3.1 juta, selepas pelaburan gabungan berjumlah RM47 juta yang dibuat pada tahun 2018.

Kementerian Kewangan mengesahkan penjualan tersebut dalam jawapan bertulis kepada Parlimen pada 29 Oktober sebagai respons kepada soalan daripada Yeo Bee Yin (PH-Puchong) berkenaan jumlah pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam FashionValet, serta kerugian akibat penurunan nilai dan penjualan saham.

Kerugian melebihi RM43 juta ini telah mencetuskan pelbagai kritikan awam dan desakan untuk penyiasatan yang lebih mendalam, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah menjalankan audit dalaman.

Berikut adalah kronologi ringkas peristiwa berkaitan isu ini:

29 Oktober: Kementerian Kewangan memaklumkan dalam jawapan bertulis di Parlimen bahawa Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners, berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat pada 2018 (Khazanah RM27 juta, PNB RM20 juta).

31 Oktober: Jurucakap kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil, menyatakan Khazanah, PNB, dan FashionValet perlu memberikan penjelasan mengenai kerugian pelaburan RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) ini.

1 November: Khazanah dan PNB mengeluarkan kenyataan berasingan menjelaskan pelaburan dalam FashionValet.

1 November: Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan PNB dan Khazanah, dan memaklumkan bahawa mereka akan melepaskan jawatan masing-masing.

2 November: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa isu kerugian pelaburan RM43.9 juta oleh PNB dan Khazanah dalam FashionValet berada dalam radar siasatan mereka.

2 November: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah menjalankan audit dalaman untuk menyiasat kerugian tersebut.

3 November: Seorang Ahli Lembaga Pengarah FashionValet menafikan dakwaan berkaitan kes tersebut yang sedang disiasat SPRM.

4 November: SPRM melakukan serbuan ke atas Kementerian Kewangan, Khazanah, PNB, dan ibu pejabat FashionValet untuk membantu siasatan.

5 November: Vivy Yusof dan suaminya memberi keterangan di pejabat SPRM.

6 November: Pada hari kedua, SPRM menyambung proses merekod keterangan daripada Vivy dan suaminya.

6 November: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan bahawa mereka akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada wakil FashionValet, PNB, dan Khazanah perlu dipanggil untuk siasatan lanjut.

6 November: SPRM menggeledah kediaman pasangan Vivy dan Fadzarudin di Mont Kiara, Kuala Lumpur, dan menyita barangan termasuk 11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

7 November: Vivy dan Fadzarudin hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk kali ketiga bagi direkod keterangan.

7 November: SPRM membekukan 11 akaun bank persendirian dan enam akaun syarikat milik Vivy dan Fadzarudin bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

7 November: SPRM memaklumkan bahawa mereka telah merekod beberapa keterangan daripada individu penting termasuk pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat, dan pempengaruh.

BACA: Timbalan menteri pelaburan cadang, mahalkan kos pengambilan pekerja asing bikin ramai setuju