Mesti korang tahu lagu ini dinyanyikan oleh Awie bersama dengan kumpulan Search dalam album Bikin Wilayah (1996)
Tetapi sebenarnya lagu ini adalah kepunyaan M. Nasir. Lagu ini merupakan dari album Srikandi Cintaku (1999).
Namun, lagu ini sebenarnya mempunyai kisah sedih yang pernah menimpa M. Nasir sendiri.
Pada 8 Ogos 1998, kita dikejutkan dengan pemergian seorang biduanita dari kumpulan Ideal Sisters iaitu Junainah Johari yang merupakan isteri kepada M. Nasir akibat penyakit lelah.
Allahyarhamah Junainah atau nama panggilannya Nana, diserang penyakit lelah pada pukul 10 pagi lalu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
Namun, beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Kalau korang nak tahu, Allahyarhamah Nana menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak bongsunya iaitu Nur Nilam Sari yang berusia dua bulan.
M. Nasir juga mempunyai anak lelaki iaitu Shafi’i, Hidayat, Ilham, dan Yasin.
Bagi M. Nasir, Nur Nilam Sari merupakan pelengkap kepada keluarganya kerana mereka sebelum ini inginkan cahaya mata perempuan.
Pemergian Alllahyarhamah Nana sangat meninggalkan kesan kepada hidup M. Nasir, hidupnya dulu yang penuh dengan irama lagu dan kegembiraan tetapi digantikan dengan irama muzik hujan dan kesedihan selepas kehilangannya.
Oleh itu, M. Nasir menciptakan lagu ini khas untuk kisah sedih ini dan Loloq sebagai penulis lirik.