Ini disiplin Mat Sabu bila buat rundingan politik, dedah setiausaha politik

Ini disiplin Mat Sabu bila buat rundingan politik, dedah setiausaha politik

Dalam politik, menjadi perkara biasa sahaja bagi mana-mana pemimpin mengadakan pertemuan empat mata. Memang pertemuan sebegini sudah menjadi sebahagian dari kelaziman urusan politik.

Selalunya, pertemuan sebegini diadakan bagi merungkai kekusutan, berdiskusi idea atau jalan keluar baharu dan kekadang boleh jadi bagi membuka ruang atau langkah membina gabungan baharu.

Bagi Abg Mat pula, memang banyak dia mengadakan pertemuan empat mata ini.

Dari permerhatian aku, ada dua disiplin ketat Abg Mat dalam bab ni.

Satu, butir pertemuan sentiasa menjadi rahsia kepada dua orang tersebut. Abg mat akan simpan kejap rahsia pertemuan. Kat sapa pun dia tak akan cerita, hatta isterinya sendiri pun tidak akan tahu.

Kedua, Abg Mat bertemu empat mata biasanya hanya dengan rakan politik. Sekenal aku dengan Abg Mat, dia tak bertemu musuh politiknya secara empat mata. Jika pun perlu adakan pertemuan, biasanya Abg Mat akan bawa seorang teman sebagai saksi.

“Apa-apa hal senang,” kata Abg Mat.

Ini memang disiplin Abg Mat sejak dahulu lagi. Dia sangat perahsia. Dia sangat menjaga integriti dalam bab ini.

Boleh jadi, inilah salah satu sebab dia masih terus menjadi pemimpin politik sehingga kini. Sudah 40 tahun Abg Mat bermain dalam bidang ini.

Orang lain aku tak tahu lah.

Sumber :

COMMENTS