“Ini cerita zaman bila?” Rafizi balas dakwaan Hadi, PKR ajak join kerajaan buat penyokong Pas malu.
Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR, telah menyangkal dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR telah menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.
Sebaliknya, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menyatakan tidak tahu bagaimana dakwaan ini timbul,
Memandangkan pembabitannya secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Saya tidak pernah mendengar dakwaan sebegitu (PAS ditawarkan menyertai Kerajaan Perpaduan),
walaupun saya antara tiga individu dalam PKR terlibat secara meluas dalam perbincangan berhubung pembentukan Kerajaan Perpaduan,
bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
“Saya tidak tahu bila cerita ini timbul, tetapi izinkan saya menjelaskan bahawa sepanjang penglibatan saya dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, saya tidak pernah mendengar tentang tawaran ini melainkan orang lain yang membuat tawaran itu,” katanya kepada pemberita di Iskandar Puteri hari ini.
Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi, membuat kenyataan itu selepas menghadiri sesi kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Iskandar Puteri hari ini.
Dakwaan Abdul Hadi: Semalam, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata beliau telah dihubungi beberapa kali oleh “individu tertentu” yang kononnya menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.
BACA:
Kempen hotel milik Sultan Brunei, sekali ini respon Kerajaan Brunei
Tak perlu pun pergi urut atau guna pam pelik-pelik, ini cara besarkan ‘adik’ confirm isteri puji