Sewaktu anda tebuk dinding, jika tidak berhabuk teruk, memang tidak sah. Habuk pasti bertaburan di atas lantai,
Dan tangan serta muka pun tak terlepas daripada terkena
Dengan itu, memakai pelitup muka menjadi satu kewajiban yang menambah keselesaan, betul tak?
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba tips mudah yang dikongsi oleh saudara Adlan Khalidi
Di laman TikToknya bagi mengurangkan habuk semasa menggerudi dinding.
TIPS MUDAH MENGGERUDI DINDING TANPA BANYAK HABUK
Bagaimana cara untuk menggerudi lubang di dinding tanpa mengeluarkan banyak habuk setelah memasang gerudi anda?
BAHAN-BAHAN & KAEDAH:
-Mesin gerudi
-Cawan kertas
Langkah-langkah:
1.Pasang mesin gerudi seperti biasa.
2.Ambil cawan kertas dan buat lubang di bahagian bawahnya seperti dalam gambar.
3.Letakkan mata gerudi di dalam cawan tersebut sebelum mula menggerudi dinding.
4.Dinding anda sedia untuk digerudi!
Cawan kertas ini akan menampung habuk yang terhasil semasa proses penggerudian,
jadi habuk tidak akan bertaburan di atas lantai terlalu banyak dan dapat mengurangkan habuk daripada terbang di udara.
Setelah selesai menggerudi, jangan lupa untuk menggantung kipas atau barangan lain yang diperlukan.
BACA: Pertubuhan peladang kebangsaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini