Ini cara nak jimat minyak kereta yang ramai belum tahu

Ini cara nak jimat minyak kereta yang ramai belum tahu. Agak-agak pemandu kereta di luar sana tahu tak beza angin luar dengan angin dalam seperti simbol yang ditunjukkan itu. Tak pernah ubah dan tidak tahu apa-apa tentang simbol itu.

Bagi yang dah biasa, tentu sekali dapat mengagak bila dalam kereta berbau, mulalah tukar simbor angin luar. Sebab itulah, ada bau asap kereta sebabnya angin luar masuk ke dalam kereta.

Tak mustahil juga ada langsung tak ubah apa-apa pada simbol itu sama ada simbol angin luar atau angin dalam. Ini yang perlu anda tahu dan membantu dalam mengurangkan penggunaan bahan api. Dengan kata lain boleh juga jimatkan minyak kereta.

Malah, boleh dikatakan kereta berjemur di kawasan panas dan bila kita hidupkan enjin tidak terfikir untuk tukarkan simbol itu. Lepas ini kena tukar sebab ia membantu menggurangkan haba panas dalam kereta, seperti yang disarankan oleh doktor ini.

Ini cara nak jimat minyak kereta yang ramai belum tahu

Angin Luar, Jimat Minyak

Nak pakai fungsi ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ pada air-con ni?

Jawapan:

Gunakan fungsi ‘angin luar’ apabila mula masuk kereta yang telah berjemur panas. Ini kerana angin dalam kereta lebih panas daripada angin luar. Fungsi ini akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baru.

Bila dah kabin kereta dah mula sejuk, tukarkan ke fungsi ‘kitaran dalam’. Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas.

Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.

Akan tetapi, fungsi ‘kitaran dalam’ akan buatkan pengumpulan wap air daripada pernafasan kita. Sebab tu cermin akan berkabus/berwap jika anda memandu di kawasan sejuk, pergunungan, kampung-kampung atau sebelah pagi,

Tukarkan ke fungsi ‘angin luar’ untuk hilangkan kabus pada cermin depan.

Pening, tak tau nak pilih yang mana??

Sahabat saya, Jamadin Hayat (founder & chief mechanics di Ztechnica Automobile) mencadangkan korang guna fungsi ‘auto’ (automatic) pada sistem air-con korang jika ada.

Sistem auto pada air-con ni akan pilihkan fungsi yang mana paling sesuai.

Pada model² BMW, sistem auto air-con ni bergantung bacaan kepada AUC sensor.
AUC = Automatische-Umluft-Control (Kawalan peredaran semula udara automatik).

Jenama kereta-kereta lain juga ada dengan nama sensor yang agak berlainan. Sensor ini akan pantau kualiti udara & tahap kelembapan kabin.

Gunakan fungsi auto pada air-con anda kalau ada.

BACA JUGA :

Kalau sayang duit, jangan simpan 10 barang ini dalam kereta

Dah selesai bayar ansuran rumah, rupanya ini beberapa step sebelum jadi hakmilik anda

Dua tahun cuba mengelak, akhirnya Afdlin Shauki pohon doakan kesihatan dirinya

TONTON JUGA :

CATEGORIES