Ini cara nak bezakan bateri lama dan baru

Oleh AHMAD SULAIMAN

Hampir semua barangan elektronik memerlukan bateri seperti jam dinding, lampu suluh dan sebagainya.

Setiap kali nak tukar bateri, mungkin tercampur dengan bateri baru menyebabkan anda tidak boleh membezakan antara yang lama dan baru.

Ditambah pula terbeli jenis sama seperti yang asal. Kalau jadi begini, macam mana nak bezakan?

Ini cara nak bezakan bateri lama dan baru

Mungkin perkara biasa yang anda lakukan ialah dengan memasukkan bateri ke dalam barangan elektronik itu untuk ‘test’ tapi selepas ini tidak perlu lagi kerana anda boleh menggunakan tips yang dikongsi individu ini.

Caranya mudah sahaja, ambil dua bateri dan jatuhkan ke permukaan meja atau lantai.

Lihat tindak balas semasa bateri jatuh. Bateri yang melantun beberapa kali menandakan ia bateri lama kerana sudah kosong.

Bateri yang tidak melantun adalah bateri baru, kerana masih penuh. Mudahkan!

Baca :Kilang Khairul Aming di Kelantan, undang persoalan netizen, di mana dapat air bersih?