Ini cara mudah bezakan ikan laut dan ikan bela, rasa je terus dah tahu

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Ikan merah merupakan salah satu pilihan ikan yang popular di kalangan pencinta makanan laut.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat dua jenis ikan merah yang sering dikelirukan?

Ikan merah laut dan ikan merah bela, meskipun berkongsi nama, sebenarnya mempunyai perbezaan yang ketara.

Ikan laut adalah ikan yang ditangkap dari perairan terbuka, manakala ikan bela pula dibesarkan dalam akuarium atau kolam ternakan

Kedua-duanya memiliki ciri-ciri tersendiri, terutama dari segi rasa dan tekstur daging.

Ini cara mudah bezakan ikan laut dan ikan bela, rasa je terus dah tahu

Berikut adalah panduan untuk membezakan kedua-dua jenis ikan ini, supaya anda dapat memilih yang sesuai dengan citarasa dan hidangan anda.

Cara Membezakan Ikan Merah Laut dan Bela

Ikan Bela

– Kulit ikan bela biasanya mempunyai sedikit tompok hitam.

– Ikan ini dibela dalam akuarium atau kolam, menyebabkan tekstur kulitnya berbeza dengan ikan laut.

Ikan Laut

– Ikan merah laut mempunyai kulit yang berkilat dan bersih tanpa sebarang tompok hitam.

– Hidup di perairan luas, ikan ini lebih aktif, menjadikan tekstur dagingnya lebih kenyal dan padat.

– Diet semula jadi seperti ikan kecil dan alga menjadikan rasa ikan laut lebih segar dan lazat, terutama apabila dimasak secara stim.

Dengan mengenali perbezaan ini, anda boleh membuat pilihan yang tepat untuk menikmati keenakan ikan merah mengikut kesesuaian hidangan anda.

BACA: Mak mertua mengamuk elaun bulanan kena potong, sangka anak yang beri rupanya selama ini menantu beri