Ini cara mohon bina rumah atas tanah sendiri untuk tahun 2022

Ini cara mohon bina rumah atas tanah sendiri untuk tahun 2022. Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) Atas Tanah Sendiri Tahun 2022.

Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi memudahkan dan membantu rakyat mendapatkan rumah dibawah subsidi kerajaan.

Sejajar dengan Dasar Plan Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang akan menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta selesa kepada setiap keluarga di Malaysia.

Melalui Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) ia akan membantu sejumlah besar rakyat Malaysia yang berpendapatan kecil seperti golongan B40. Dalam usaha membantu meringankan beban dan memastikan kelangsungan hidup, kerajaan banyak membantu dari segi penempatan melalui projek-projek dan program pelaksanaan rumah bagi rakyat Malaysia.

Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bagi Tahun 2022

Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dari kategori B40 seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang dan dhaif tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Melalui kerajaan Malaysia, bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi ketentuan yang telah ditetapkan seperti di bawah:

Ini cara mohon bina rumah atas tanah sendiri untuk tahun 2022

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur dari 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah mesti tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah dhaif / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesusaian mengikut keadaan dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah untuk pembinaan.
  • Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Pada mereka yang layak memohon, anda boleh membuat permohonan samaada secara online atau manual. Jika berminat untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RNR) anda boleh ikuti langkah-langkah permohonan secacara online dan manual seperti di bawah :

1.Secara Online

  • Buka laman web SPNB di Rumah Mesra Rakyat
  • Klik Pendaftaran Baru dan pastikan isi borang pendaftaran dengan lengkap
  • Setelah dari itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar anda
  • Sila Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan kepada anda
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Anda boleh menghantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan anda.

Ini cara mohon bina rumah atas tanah sendiri untuk tahun 2022

2. Secara Manual

Borang permohonan anda boleh dapatkan di Cawangan SPNB berdekatan anda dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan anda lengkapkan bersesuaian seperti yang diminta.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

NOTA PENTING:

  • Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Semakan Status Kelulusan

Maklum balas permohonan anda akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan sahaja.
Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebarang pertanyaan yang anda ada dan untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh layari https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/ atau menghubungi:

IBU PEJABAT SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)

Emel: [email protected]

“Rumah Rakyat, Kerajaan Bantu”

Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) Atas Tanah Sendiri Tahun 2022.

Kerajaan Malaysia harus dipuji kerana membantu membina rumah untuk rakyat yang berpendapatan rendah. Segala kesusahan rakyat, kerajaan Malaysia akan sentiasa membantu untuk meningkatkan dan mewujudkan negara Malaysia yang cakna rakyat.

TONTON:

BACA:

Ibu ini dakwa anaknya dijerut pengasuh sampai tinggal kesan

RFID ini hanya percubaan sahaja dahulu, kata Menteri

Penat dengan rakyat Malaysia, Kak Long undur diri dari media sosial

CATEGORIES