Ini cara buat telur masak lemak tak pecah, selalu ‘fail’ bab ni

Ini cara buat telur masak lemak tak pecah selalu fail bab ni

Ini cara buat telur masak lemak tak pecah, selalu ‘fail’ bab ni. Pernah tak anda cuba untuk masak lemak telur tapi tidak menjadi dan hancur? Situasi tersebut sering kali berlaku kerana teknik masakan yang digunakan salah dan menyebabkan telur hancur di dalam kuali.

Kalau nak hidang untuk tetamu pasti malu dan segan kan? Jangan risau, apa kata cuba petua telur masak letak tak pecah seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook di bawah. Memang menjadi! Jom cuba.

PETUA TELUR MASAK LEMAK TAK PECAH, RUPANYA KENA BUAT MACAM NI

Hari ni masak Lemak Telur. Telur Itik tak ada. Saya guna telur ayam. Saya nak bagi petua macamana nak masak telur supaya tak pecah bila masak.

Cara-caranya:

Ini cara buat telur masak lemak tak pecah selalu'fail' bab ni

1. Didihkan air dan masukkan 4 sudu cuka.

2. Bila air mula mendidih, pecahkan telur satu persatu.

3. Biarkan sehingga telur masak.

4. Angkat telur dan masukkan ke dalam kuah kuning yang telah di masak.

Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan menjadi bulat atau bujur. Lepas dah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak. Pasti menjadi dan hasilnya memang telur tak pecah.

Selamat mencuba!

BACA:

Pelanggan 30 orang susun sendiri pinggan selepas makan buat staff restoran menangis

Kerajaan beri cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu

Cara sebenar buat jeruk mangga asam boi krup krap, ketagih bila makan

CATEGORIES