Ini bakal terjadi pada ahli KWSP 100 keatas sekiranya tak buat pengeluaran sebelum Mac 2025

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 100 tahun ke atas

Mereka perlu membuat tuntutan untuk simpanan yang tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

Menurut laporan New Straits Times, KWSP dalam satu notis memaklumkan bahawa pihaknya

sedang menghubungi ahli berusia 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka.

“Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.

Ini bakal terjadi pada ahli KWSP 100 keatas sekiranya tak buat pengeluaran sebelum Mac 2025

“Ahli atau waris mereka perlu mengemukakan tuntutan bagi simpanan yang tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

“Selepas tarikh tersebut, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Sebarang tuntutan selepas itu perlu dikemukakan terus kepada BWTD,” kata KWSP.

KWSP turut menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau mengunjungi pejabat KWSP yang berdekatan

BACA: ‘Asal dapat duit saja, habis. Bagi RM500 RM1000 RM3000 pun sekejap je habis’