Ini adalah 5 jenis simpanan masa depan anak ibu bapa boleh cuba

Oleh AHMAD SULAIMAN

Dalam keadaan eknonomi sekarang, pastinya ramai memilih untuk menyediakan simpanan, bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk anak-anak.

Jika ada ibu bapa yang buntu untuk menyimpan duit anak-anak, tidak kiralah duit raya atau duit yang diberikan kepada mereka kerana membantu anda.

Ibu bapa boleh mengikuti tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Hafiqah Shamsuri.

Ini adalah 5 jenis simpanan masa depan anak ibu bapa boleh cuba

Menurut Hafiqah, terdapat lima jenis simpanan yang berbaloi untuk masa depan anak-anak nanti.

1) SIMPANAN EMAS / AKAUN GAP

Mohd Faiz bin Abdul Manan: Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal
Emas

Boleh simpan dan buka akaun GAP atau Gold Accumulation Program. Konsepnya kita beli emas melalui akaun emas yang disandarkan 100% dengan emas fizikal.

Beli dan terus tukar ke dalam gram emas di dalam akaun. Setiap kali beli gram emas akan bertambah.

Boleh juga simpan serendah RM100, topup sikit-sikit lama-lama nanti boleh keluarkan secara fizikal seketul terus bila dah cukup.

Dengan akaun GAP, tidak ada komitmen. Terpulang bila nak simpan dan nak tambah.

Tak semua orang mampu beli 10 gram setiap bulan atau 1 dinar setiap bulan, jadi dengan akaun GAP dapat kumpul emas serendah RM100. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

2) ASB

Pelaburan Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) – Pakdi
Akaun ASB pun kita boleh buka untuk anak-anak serendah deposit rm10 saja.

Dengan purata kadar dividen lima ke tujuh peratus setahun, ianya masih relevan untuk menyimpan kat sini. Limit untuk ASB pun telah dinaikkan jadi RM200 ribu setiap individu.

3) Akaun Tabung Haji

Ramai Tak Tahu Tabung Haji Dah Tak Guna Buku Akaun, Ini 8 Perkara Anda Wajib Tahu
Deposit serendah RM10 sebagai permulaan dan oleh daftar haji untuk the junior awal-awal serendah RM1300.

Kadar purata dividen satu hingga dua peratus setahun malah boleh daftar siap-siap haji untuk anak, boleh pergi masa muda-muda.

Simpan bila-bila pun boleh. Boleh juga potong direct debit dan potong gaji

4) Akaun SSPN i plus

Bestnya akaun ni sebab dapat nikmati kadar dividen purata empat peratus setahun malah dapat juga pelepasan cukai.

Ia merupakan tabung pendidikan untuk anak-anak dan ada macam-macam pakej yang ditawarkan di mana ianya termasuk sekali pakej takaful.

5) Simpan melalui SSP Bsn

Buat Hafiqah, dia lebih memilih untuk simpan di sini berbanding simpan tabung warna di mana ianya lebih selamat dan tak mudah hilang duit.

Boleh join contest SSP, Bsn tawarkan macam-macam dan tukarkan dari tunai kepada Sijil serendah Rm10.

Duit dibekukan selama 45 hari, lepas tu boleh dah nak bawak keluar semula.

Jadi ibu bapa bolehlah kaji dulu sebelum menyimpan demi masa hadapan anak-anak, tambahan keadaan ekonomi juga tak menentu, maka berjaga-jagalah.

Baca juga: “Suami hanya akan meniduri aku lepas pulang dari kerja dan tinggalkan aku seperti perempuan langganan, rahsianya terbongkar apabila aku terbaca..”