Ini 9 tempat simpan duit paling selamat jika takut kena ‘scam’ dengan akaun bank

Ini 9 tempat simpan duit paling selamat jika takut kena scam dengan akaun bank

Ini 9 tempat simpan duit paling selamat jika takut kena ‘scam’ dengan akaun bank. Membuat simpanan untuk masa hadapan adalah amat penting bagi memastikan kehidupan yang terjamin.

Bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah simpanan seperti emas dan perak juga boleh dijadikan jaminan jika berlaku kecemasan pada masa akan datang. Namun, berikutan banyak kes yang melibatkan penipuan dalam akaun bank atau ‘scam’ ramai yang makin gusar untuk menyimpan wang dalam akaun bank.

Oleh itu, berikut merupakan 9 tempat simpan duit yang selamat untuk anda guna. Selamat menyimpan!

9 TEMPAT SIMPAN DUIT YANG SELAMAT!

1. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Jika mula kerja dan belum ada ASB, bukalah satu. Buat potongan gaji terus untuk simpan disini bila mula kerja. Jika potongan gaji RM200 sebulan, dengan pulangan 5% setahun selama 10 tahun sahaja, adik akan ada RM31,385.86 sahaja! banyak tu.

Ini 9 tempat simpan duit paling selamat jika takut kena'scam' dengan akaun bank

2.TABUNG HAJI

Mula kerja wajib ada akaun Tabung Haji (TH), nak lebih baik daftar haji terus bila mula kerja nanti. Modal daftar haji cuma RM1300 sahaja. Buat potongan gaji dan simpanlah disini.

3.SSPN-I

SSPNI juga bagus untuk menyimpan, ada rebet cukai, takaful perlindungan sekali jika kita menyimpan untuk pendidikan anak anak nanti.

4.AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) boleh juga menyimpan disini, cuma harus menanti kekosongan dana sebab selalu penuh. Dividen setahun 2 kali diberi.

5. FIXED DEPOSIT (BANK)

Simpanan tetap (FD), boleh juga menyimpan disini . Kadar pulangan sekitar 2%-3% sahaja berbeza setiap bank dan jumlah simpanan kita pada mereka.

6.SIJIL SIMPANAN PREMIUM (BSN)

Sijil Simpanan Premium (BSN) boleh beli sijil simpanan ini dan ada cabutan bertuan BMW dan Rumah. Nasib baik boleh dapat kereta baru yang kita tak mampu bela sebenarnya!

7.EMAS DAN PERAK

Belajar simpan emas sebulan 1 gram juga baik, harga segram berubah ubah ikut harga pasaran. Public Gold tawarkan kaedah simpanan yang baik.

8.KUMPULAN WANG SIMPANAN SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

KWSP antara tempat simpanan persaraan yang baik, kadar dividen sekitar 5%-6%. Selain KWSP ada juga PRS untuk kita simpan dana persaraan kita.

9.AMANAH SAHAM WAWASAN

Amanah Saham Wawasan (ASW) dan ASB 2 juga boleh menyimpan disitu jika duit kita dah penuh tak tahu nak letak dimana. Kadar pulangan sekitar 4%-5% setahun. Duit tak hilang punya!

BACA:

Ayah budak viral tunjuk jari tengah mohon maaf

Banjir besar hujung November ini – Met Malaysia

CATEGORIES