Ini 8 cara elak terlebih bayar kepada LHDN ramai tak tahu

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Setiap tahun, individu yang mempunyai pendapatan dan layak dikenakan cukai perlu membuat e-filing atau mengisytiharkan cukai individu kepada LHDN.

Bagi yang pertama kali bekerja, atau mereka yang pertama kali menguruskan cukai sendiri,

Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda layak membayar dan mengisytihar cukai tersebut.

1. Pergi buat pemeriksaan kesihatan, ujian COVID-19 dan penilaian kurang upaya pembelajaran

Jenis pelepasan cukai: Pemeriksaan kesihatan

Ini 8 cara elak terlebih bayar kepada LHDN ramai tak tahu
Jumlah maksima: RM1,000 untuk pemeriksaan kesihatan penuh (termasuk ujian COVID-19), RM10,000 untuk rawatan penyakit serius dan kesuburan

Zaman sekarang, terlalu banyak jenis penyakit dan virus yang boleh menjangkiti. Jika rasa tidak sihat atau ada simptom COVID-19, segera buat pemeriksaan kesihatan penuh.

Kos boleh dituntut dari pelepasan cukai pendapatan, selagi tidak melebihi RM1,000.

Jika didiagnosis dengan penyakit serius seperti kanser atau sakit jantung, anda boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM10,000 untuk meringankan beban kos perubatan.

Pastikan penyakit tersebut tersenarai di LHDN.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di bawah 18 tahun dengan masalah pembelajaran, kerajaan menyediakan pelepasan cukai sehingga RM4,000 bagi perbelanjaan penilaian dan rawatan.

2. Jika beli laptop baru, JANGAN BUANG resit!

Jenis pelepasan cukai: Pembelian berkaitan gaya hidup
Jumlah maksima: RM2,500

Pelepasan cukai ini merangkumi laptop, buku, majalah, komputer peribadi, telefon pintar, tablet, peralatan sukan (kecuali basikal bermotor), bayaran internet bulanan dan yuran keahlian gim. Jika anak anda baru nak masuk belajar, laptop merupakan keperluan yang penting.

3. Tuntut pelepasan KWSP dan insurans hayat anda

Jenis pelepasan cukai: KWSP dan insurans hayat
Jumlah maksima: RM7,000 (nilai gabungan)

Korang boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat. Insurans hayat dengan rider untuk Penyakit Kritikal juga boleh dapat pelepasan cukai insurans perubatan sehingga RM3,000.

4. Lebih banyak pelepasan cukai jika ada insurans perubatan/pendidikan

Jenis pelepasan cukai: Insurans perubatan/pendidikan
Jumlah maksima: RM3,000 (nilai gabungan)

Anda boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk insurans perubatan dan pendidikan. Ini penting jika liputan insurans syarikat tidak mencukupi, atau sekiranya anda kehilangan pekerjaan.

5. Jaga ibu bapa yang sakit pun dapat pelepasan cukai!

Jenis pelepasan cukai: Tangungan atau perbelanjaan perubatan ibu bapa
Jumlah maksima: RM8,000 (tangungan ibu bapa) ATAU RM6,000 (perbelanjaan perubatan)

Anda boleh tuntut pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu bapa, termasuk peralatan sokongan asas jika mereka kurang upaya.

6. Hal suami isteri pun boleh dapat pelepasan cukai!

Jenis pelepasan cukai: Suami isteri
Jumlah maksima: RM4,000 (terhad) untuk suami/isteri/alimoni, RM5,000 untuk pasangan kurang upaya

Anda boleh tuntut pelepasan cukai sebanyak RM4,000 jika suami atau isteri tidak bekerja atau pendapatan mereka tidak melebihi RM34,000. Jika pasangan kurang upaya, anda boleh tuntut RM5,000, dengan syarat mereka berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

7. Anak belum kahwin? Lebih banyak anda boleh claim!

Jenis pelepasan cukai: Anak tanggungan

Jumlah maksima: RM2,000 hingga RM8,000

Jika anak belum berkahwin dan masih belajar, anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM2,000 untuk anak di bawah 18 tahun, RM8,000 untuk anak yang belajar di peringkat tinggi, dan RM6,000 untuk anak kurang upaya. Anda juga boleh tuntut RM3,000 untuk hantar anak ke tadika atau pusat asuhan.

BACA: Akhirnya Cik Epal buka mulut perjelas pergolakan rumah tangganya