Ini 7 bahaya yang mungkin menimpa rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Vietnam.
Biasa yang suka pergi Vietnam ni makcik makcik kebanyakkannya. Sebab apa? Sebab barang sana murah terutama kain kain ..
ramai pergi sebab shopping je.. ada yang pergi saje untuk melancong ..
Vietnam adalah syurga bagi pelancong yang sukaaa sangat bershopping. Kalau korang berhajat nak beli tudung Naelofar tapi tak mampu beli kat Malaysia, kat Vietnam tudung ni murah-murah je.
Itu belum lagi tengok pakaian wanita, kain ela dan periuk belanga yang buat korang rambang mata sampai nak beli semua benda!
Tapi kalau nak ke Vietnam tu berhati-hatilah. Ini kami nak kongsikan tujuh sisi gelap Vietnam yang ramai pelancong tak tahu supaya korang boleh lebih berjaga-jaga.
1. Barang dalam luggage selalu kena curi
Benda pertama yang korang kena jaga-jaga bila sampai dekat airport Vietnam ialah luggage korang. Masa tahun 2014 je, dekat 301 complaints yang airport Vietnam di Noi Bai dapat regarding kecurian barang dalam luggage.
Ini 7 bahaya yang mungkin menimpa rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Vietnam
Menurut seorang pelancong di Trip Advisor,
“Saya ada enam beg tapi hanya dua beg saya kena selongkar. Rasanya benda ni berlaku kat Saigon masa kami checked in dua jam awal. Setakat ni kami memang tak perasan ada apa-apa yang hilang. Tapi salah saya jugak sebab tinggalkan beberapa keping wang dalam beg yang buat mereka ‘tergoda’.”
Tips untuk prevent beg diselongkar ni mudah je.
Korang jangan letak apa-apa barang berharga dalam beg yang akan dicheck.
Korang boleh complain tentang kecurian ni dekat bahagian airport service dan dorang bayar ganti rugi ikut per kilogram beg korang.
Maybe korang boleh cuba wrap beg korang tu dengan plastik macam pelancong lain biasa buat.
Letak je barang berharga tu dalam beg tangan. Lebih selamat!
2. Selalu kena tipu beli barang mahal dari harga
Kalau korang jenis tak pro dalam tawar menawar, baik korang berhati-hati masa membeli barang kat Vietnam sebab takut korang bayar barang yang murah dengan harga yang superrr mahal!
Seorang blogger berkongsi pengalamannya semasa di Vietnam:
“Salah satu dari pengalaman buruk saya semasa di Mekong Delta. Masa tu saya nak naik bas ke Ho Chi Minh City dan berasa sangat dahaga. Jadi saya pun pergilah beli air biasa yang dijual di Vietnam. Perempuan yang menjual tu tengok semacam je dekat saya, lepas tu gelak dengan kawan-kawan dia.
“Salah seorang penumpang dekat dalam bas tu beritahu saya, ‘Dia tengah bagitahu kawan dia yang dia nak charged kau mahal dengan harga cekik darah sebab kau orang luar.’”
Untuk elakkan diri daripada ditipu, korang kena:
Jauhi restoran yang tak letak tanda harga. Jangan gatal-gatal nak masuk ke kedai macam tu sebab dorang memang tunggu je nak paw korang!
Sebelum nak order pape, pastikan korang tanya dulu harga makanan tu. Tak kiralah makan tepi jalan ke, dalam restoran ke. Kalau rasa dorang charge mahal, boleh je pergi makan kat kedai lain.
3. Kena scam dengan teksi
Sama macam kes kat atas, scam teksi kat Vietnam ni memang selalu sangat jadi. Pemandu teksi dorang ni jenis jalan pusing-pusing satu bandar just sebab dorang nak charge korang mahal. So pelancong yang baru datang ni selalu kena tipu bayar dua kali ganda daripada harga sebenar.
Ini pengalaman seorang pelancong di Trip Advisor:
“Satu hari tu saya ambil teksi dari District 1 (Ho Chi Minh City) dan bergerak dalam 3-5km. Bila driver tu turunkan saya, meter terpapar 65.0. Jadi saya ingat mestilah tambangnya dalam 65,000 Dong (RM11.00). Tapi masa nak bayar tu dia kata tambang harga 650,000 Dong (RM110.50)!”
Korang sebenarnya boleh elak dari kena scam dengan driver teksi. Cara-caranya ialah:
Check Google Map dan cuba calculate distance ke tempat yang korang nak pegi tu. Pastu korang boleh agak-agak sendiri berapa korang nak kena bayar per kilometer.
Tanya driver teksi tu berapa korang kena bayar sebelum naik teksi dorang.
Pilih syarikat teksi yang boleh dipercayai macam Mai Linh atau Vinasun. Boleh jugak guna Grab Car. Tapi Grab atau Uber ni hanya ada kat bandar macam Hanoi, Ho Chi Minh dengan Da Nang je.
4. Samun kerap berlaku di Ho Chi Minh City
Kes samun ni dekat negara mana-mana pun boleh berlaku including Vietnam. Antara barang popular selalu disamun ialah handphone dan beg. Style dorang menyamun pun lebih kurang macam ragut kat sini.
Seorang pelancong share experience dia kat forum Vietnam:
“Saya dah melancong sekitar Asia selama 20 tahun dan memang tak ada masalah… kecuali di Ho Chi Minh City (HCMC). Memang ia pengalaman saya yang paling buruk dari negara lain. Tolong jangan pakai barang kemas terutama di leher, sebab masa anda melintas jalan belum tentu barang kemas tu ada dengan anda di hujung jalan nanti!!”
Untuk elakkan barang korang dari kena samun lakukan ni:
Telefon: Jangan pakai earphone masa lintas jalan. Kalau nak angkat call, gerak sikit ke corner yang selamat selain dari atas jalan.
Beg: Pakai beg silang. Peragut dan penyamun kat sana memang dah pro dan pantas dalam mencuri. So tinggalkan je beg korang kat bilik kalau tak perlu bawak beg.
5. Makanan kurang bersih
Bagi Muslim, tak susah sebenarnya kalau nak cari makan tambah-tambah pulak duduk kat Ho Chi Minh City. Restoran makanan halal memang ada kat mana-mana. Tapi dalam cari makan tu, tengok-tengok la jugak kebersihan dia.
BACA JUGA :“Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit”, pemuda ini dedah cara NGO sakau duit penderma