Ini 6 cerita rekaan yang rakyat Malaysia percaya bulat-bulat, yang no.3 tu cerita palsu pasal Islam.
Dalam industri movie yang dipenuhi dengan movie fantasi dan fake wrestling, kita mungkin boleh bezakan mana satu betul, mana satu tipu.
Tapi kalau kat internet pula, macam mana nak bezakan dan kenapa orang menipu?
Ada tiga sebab utama, yang pertama sebab takut, yang kedua adalah untuk manipulasi orang lain, dan yang ketiga adalah ego (yang ni jenis cerita nak menang je “kau lah paling hebat, kau lah segala-galanya”).
Ketiga-tiga sebab utama tu mungkin ada alasan kukuh, yang peliknya ada orang menipu sebab… Dia memang suka menipu walaupun situasi tak memerlukan dia untuk menipu, orang macam ni dipanggil compulsive liars/pembohong kompulsif. Jenis yang ni memang parah dan kalau boleh rujuk kepada yang pakar untuk kaunseling.
Tapi sebagai pengguna, adakah kita patut share je kisah-kisah yang kita sendiri rasa sangsi atau ragu-ragu? So kat artikel ni, jom kita tengok kisah-kisah yang kantoi menipu dan jadi famous.
1. Surat persahabatan dari Lin Dan ke Chong Wei
Salah satu website yang tertipu dengan surat tu
Haa yang ni boleh kata antara yang paling famous lah.
Pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan untuk pingat Perak di Rio Olimpik telah diakhiri dengan kemenangan berpihak kepada Chong Wei.
Lepas game tu, Twitter dan Facebook bising gila bukan saje sebab keputusan perlawan tu tapi sebab kononnya ada surat yang ditulis oleh Lin Dan kepada Chong Wei.
Surat yang original ditulis dalam bahasa Mandarin telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Dengan RT sebanyak 11 000 kali dan share sebanyak 15 000 tu jadi bualan orang ramai malam tu.
Surat original yang ditulis dalam bahasa Mandarin tu kantoi tipu bila website berita ni mengaku tulis artikel bertanyakan ‘Apa agaknya kalau Lin Dan dapat tulis surat ke Chong Wei?’. Mungkin orang yang translate kan surat tu ke English tak sedar yang surat tu fantasi.
Atau pun dia memang sengaja nak sebarkan penipuan, tu kita takkan tau. Original tweet tu pula telah di delete. Tapi apa yang penting ada surat reply dari Cong Wei haha.
Betul atau tidak, kami rasa semua boleh setuju yang surat ditulis ‘oleh Lin Dan dan Chong Wei’ ni menghayat hati. Power gaya penulisan dia!
2. Biskut Hup Seng yang diperbuat daripada plastik
Kita semua mesti at least pernah sekali makan biskut kering Hup Seng sambil cicah teh atau pun milo (tak, ni bukan iklan) tapi korang tau tak yang biskut Hup Seng tu diperbuat dari plastik?! *jeng jeng jeng*
Sebenarnya tak lah, haritu kecoh sekejap bila ada satu video kat Facebook ni, biskut Hup Seng dibakar dan dapati macam ada unsur-unsur plastik bila biskut tu cair. Penonton video tu pula ada yang comment bersetuju dan ada yang tak. Apa yang kami tertanya-tanya adalah, apa yang membuatkan brader ni tergerak hati nak bakar biskut Hup Seng in the first place?
Dengan sebanyak 1.1 juta views dan 46 ribu shares, video ni telah berjaya menangkap perhatian syarikat Hup Seng. Dorang pun apa lagi, cepat-cepat keluarkan statement. Hup Seng kata last dorang buat test haritu adalah pada tahun 2011 dan tak jumpa benda asing pun.
So since video ni dah tersebar luas, Hup Seng sekali lagi buat test dan tak jumpa apa-apa yang membahayakan. Biskut tu okay je, takde plastik pun (lain lah korang makan plastik cover biskut, tu lain cerita haha). Hup Seng sekarang ni tengah fikir nak saman ke tak brader yang buat video ni sebab menyebarkan fitnah.
Pada masa yang sama, Hup Seng naik status kat Facebook kata yang dorang berterima kasih kepada peminat dorang dan orang ramai yang back up (artikel ni tak di-sponsor oleh Hup Seng, tapi kalau nak sponsor boleh je. Kami selalu lapar waktu petang).
3. Air zam-zam fake dibuat kat Melaka
April 2016 haritu, tersebar satu gambar sorang mamat ni tengah isi air zam zam dalam botol. Kononnya mamat ni terlibat dalam sindiket supply air zam zam fake. So masalahnya? Air zam-zam fake tu dari Melaka!
Kononnya mamat ni antara orang yang terlibat dengan sindiket air zam zam fake. Gambar dari az-zain.com
Penyebaran gambar ni dalam sosial media telah menyebabkan KPDNKK dengan JAIM kelam-kabut pergi buat siasatan. Tapi lepas siasatan, dorang tak jumpa apa-apa.
Gambar dah ada, tapi macam mana tak boleh jumpa pula? Rupa-rupanya kes air zam zam fake ni berlaku kat Mekah dan bukannya kat Melaka. Dan kalau nak diikutkan, kat Malaysia ni tak dibenarkan sebarang penjualan air zam zam. Orang pergi Mekah tu pun ada kuota untuk bawa balik ke Malaysia.
So last-last mamat yang post cerita tu tarik balik dan tukar caption sebab dah jadi famous sampai JAIM dan KPDNKK masuk campur. Kemungkinan besar juga mamat yang post ni terlupa nak kata yang kes tu sebenarnya terjadi kat Mekah. Sikap melulu pembaca dan kesilapan tak sengaja tak pasal-pasal JAIM kena rush bangunan yang tak wujud.
4. Najib masuk muka depan Time Magazine
Time magazine merupakan sebuah majalah dari Amerika Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1923 di mana majalah tu telah jadi famous. Salah satu trademark majalah Time ni adalah muka depan dorang, tiap-tiap tahun dorang akan pilih sorang jadi model untuk edisi ‘People of The Year’. Dan orang yang dipilih tu mesti selalu masuk berita dalam masa 12 bulan tahun tu.
Dan orang tu tak semestinya baik atau jahat, macam sebelum ni ahli politik yang kejam macam Adolf Hilter dan Stalin pernah jadi cover manakala non-politician macam Mark Zuckerberg dan Pope Benedict pun pernah masuk juga.
So kisah di Malaysia bermula dengan penyebaran gambar PM Najib jadi cover majalah Time. Kalau benda elok maybe Najiib senyap jela kot tapi ni tajuk dia pasal rasuah pastu terpampang besar-besar muka dia kat situ.
Gambar ni dipercayai direka dan share oleh ahli PKR R.Sivarasa. Sivarasa share gambar ni kat Facebook dan telah tersebar jauh kat sosial media. Dia juga dipercayai share satu link ni di mana ia menunjukkan list lima buah negara yang sedang menghadapi skandal rasuah dan menunjukkan Malaysia ranking no.2. Sekarang ni Sivarasa tengah menghadapi tuduhan membuat dan kongsi cerita palsu
Kalau korang tertanya-tanya apa rupa sebenar cover majalah Time waktu tu, ni ha rupanya:
5. Air mineral yang didakwa datang dari kubur cina
Kisah ni terjadi pada tahun 2013, bila ada satu cerita tersebar mengatakan yang air mineral Spritzer dikontaminasi dari kubur cina yang berdekatan dengan kilang air mineral tu. Malah ada beberapa blog kasi warning kat pembaca dan minta tolong sebarkan info yang air mineral spritzer tu tak boleh diminum.
Salah satu blog yang tak mendakwa air mineral spritzer ada zat besi dari orang mati.
Nasib ada yang bijak pandai dan mempersoalkan kesahihan cerita tu, siap ada yang tanya ustad untuk pengesahan.
air mineral tipu
Status dari Facebook Taiko Tai yang minta pengesahan dari yang pakar pasal status air mineral Spritzer.
So apa Spritzer buat? Dorang amek keputusan untuk lawan api dengan api. Since bloggers yang start menyebarkan cerita palsu ni, Spritzer telah mengajak sekumpulan bloggers lain yang legit untuk buat rombongan kilang, Spritzer siap tunjuk semua award dan kasi explanation kenapa air dorang halal dan boleh diminum.
BACA:
Mahkamah keluar waran tangkap, Exco Pas Terengganu gagal hadir perbicaraan
Ahmad Nisfu hidup melarat dihujung karier, ini kisah sebenar