Ini 5 negara yang tak pernah langsung sambut tahun baru pada 1 Januari

Oleh DAHLIA MARZUKI

Setiap 1 Januari, kebanyakan negara di dunia menyambut sambutan tahun baru untuk meraikan pertukaran kalendar ke tahun berikutnya.

Walaupun begitu, tidak semua negara menyambut sambutan tersebut pada tarikh yang sama disebabkan oleh perbezaan sistem kiraan hari atau kepercayaan agama.

Berikut adalah lima negara yang tidak menyambut tahun baru pada 1 Januari,

Ini 5 negara yang tak pernah langsung sambut tahun baru pada 1 Januari

Tetapi memilih untuk menyambutnya pada tarikh berbeza untuk mengekalkan tradisi lama mereka.

Tahun Baru Ortodoks di Russia:

Beberapa negara Eropah seperti Russia, Macedonia, Serbia, dan Ukraine masih menggunakan kalendar Julian dalam kiraan hari mereka. Oleh itu, tahun baru bagi negara-negara ini jatuh pada tarikh 14 Januari setiap tahun berdasarkan kalendar Gregorian.

Enkuhatash di Ethiopia:

Ethiopia dan Eritrea menyambut tahun baru mereka pada 11 September setiap tahun, dirujuk sebagai 1 Meskerem dalam kalendar mereka. Mereka mengamalkan kalendar 12 bulan dengan 30 hari setiap bulan dan menambah 5 atau 6 hari tambahan.

Tahun Baru Assiria:

Masyarakat Assiria di Iraq, Syria, Turki, dan Iran menyambut ‘Akitu’ atau ‘Kha b-Nisan’ pada 1 April setiap tahun. Ini menandakan bermulanya tahun baru dan perubahan iklim ke musim panas, diwarisi dari kepercayaan lama masyarakat Assiria.

Nyepi di Indonesia:

Komuniti Hindu di Pulau Bali, Indonesia, menyambut Nyepi atau Isakwarsa sebagai tahun baru Saka. Nyepi dirayakan dalam keadaan sunyi selama sehari, diikuti dengan festival meriah setelahnya.

Pohela Boishakh di Bangladesh:

Sambutan Pohela Boishakh, atau tahun baru orang Bengali, diraikan dengan meriah pada 14 April di Bangladesh dan 15 April di beberapa negeri India. Ia bermula daripada idea pemerintah empayar Mughal pada abad ke-16 untuk memudahkan sistem kutipan cukai.

Pohela Boishakh terus menjadi festival yang meriah, diiktiraf sebagai warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2016.

BACA: Dalam negara yang sama tetapi zon waktu boleh berubah tiba-tiba sampai 3 kali, lelaki ini jelaskan sebabnya