Penipuan di platform media sosial semakin berleluasa, dan jika anda terpedaya, anda mungkin menghadapi risiko besar!
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru-baru ini mendedahkan satu modus operandi baharu yang dikenali sebagai ‘keldai akaun’
Di mana penjenayah menggunakan akaun bank milik orang awam untuk memindahkan atau menerima wang hasil kegiatan haram.
Taktik ini bertujuan mengelirukan pihak berkuasa dan menyukarkan pengesanan sumber dana.
Bagaimana Penipuan Ini Berlaku?
Menurut SC, sumber dana ini sering kali berkaitan dengan jenayah seperti:
Penipuan tawaran pekerjaan (job scam)
Penipuan penyamaran (deepfake)
Penipuan cinta (love scam)
Penipuan kumpulan sembang (group chat)
Penipuan pelaburan
Media sosial, seperti Facebook, digunakan sebagai platform untuk mencari individu yang bersedia “menyewakan” akaun bank mereka
. Tawaran ini sering kali menarik perhatian golongan belia, pelajar, dan individu berpendapatan rendah atau menganggur, dengan bayaran yang kelihatan lumayan.
Peranan ‘Keldai Akaun’
SC menjelaskan, akaun ini digunakan dalam rantaian pemindahan wang hasil jenayah:
Mangsa ditipu (contohnya, melalui love scam) dan diarahkan memindahkan wang ke akaun ini.
Wang tersebut kemudian dipindahkan ke akaun lain atau dikeluarkan secara tunai.
Proses ini berlapis-lapis, menyukarkan pengesanan pihak berkuasa.
Akibatnya, mangsa penipuan sukar mendapatkan semula wang mereka. Dalam banyak kes, pemegang ‘keldai akaun’ tidak menyedari penggunaan akaun mereka untuk aktiviti jenayah
Namun, ada juga yang sedar tetapi tetap bersetuju kerana tergiur oleh wang yang ditawarkan.
Akibat Undang-Undang
Pemegang akaun yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyembunyikan wang haram. Jika sabit kesalahan:
Hukuman penjara hingga 5 tahun, denda, atau kedua-duanya.
Akaun bank akan ditutup, dan pemilik dilarang membuka akaun baharu.
Reputasi pemilik akaun turut terjejas, menyukarkan peluang pekerjaan atau perniagaan.
Cara Lindungi Akaun Bank Anda
Berikut adalah langkah berjaga-jaga yang boleh diambil:
Jangan izinkan akaun bank anda digunakan oleh orang lain untuk sebarang tujuan, terutama jika melibatkan maklumat perbankan.
Elak berkongsi maklumat rahsia perbankan, seperti kata laluan atau PIN.
Jangan gunakan akaun anda untuk menerima atau memindahkan dana daripada pihak ketiga.
Sentiasa pantau transaksi perbankan anda dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak bank.
Jangan berkongsi maklumat sensitif seperti OTP, ID log masuk, atau kata laluan, walau kepada orang yang dipercayai.
Kesedaran dan langkah pencegahan adalah kunci untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa atau penyumbang
kepada jenayah siber ini. Berhati-hatilah dan bijaklah dalam menguruskan maklumat perbankan anda!
BACA: Doktor ini ajar cara selamat nak kaya masuk RM100 boleh dapat RM100,000