Ini 3 pantang larang jika tidur di hotel, yang paling last tu menakutkan.. Kalau sebut bermalam di hotel, bukan setakat anak-anak saja seronok, mak ayah pun sama. Mungkin sebab suasananya berbeza dengan rumah.
Boleh dikatakan tidur di rumah dengan bermalam di hotel tak ada bezanya sebab rata-rata rumah sekarang sudah ada pengahwa dingin dalam bilik, tilam empuk dan sebagainya.
Tapi, mungkin suasana di hotel ini boleh membuatkan rasa tekanan atau kerja rumah yang ada dapat dilupakan buat sementara waktu. Inilah masa untuk berehat dari luar kediaman kita.
Selalunya, kalau tidur di rumah, semua lampu mesti tutup, ada pun lampu tidur. Namun, ada mak-mak yang tak boleh tidur kalau ada cahaya lampu. Lagi tak lena dibuatnya.
Walau bagaimanapun, kalau bermalam di hotel, jangan ditutup semua lampu sebelum tidur. Kenalah buka lampu terutamanya lampu dalam tanda, sekurangnya adalah samar-samar cahaya.
Bukan itu saja, kena buka lampu tanda kalau bermalam di hotel, ada sebabnya yang perlu anda tahu. Ikuti perkongsian ini.
Bermalam Di Hotel, Buka Lampu Tandas
Tahukah anda, jika kita menginap di hotel, orang nasihatkan supaya jangan biarkan lampu tandas tutup, sebaliknya biarkan terpasang setiap masa. Di bawah ada tiga sebab kenapa kita biarkan lampu tandas terpasang.
PERTAMA:
Sebagai persediaan untuk keluar jika ada sesuatu berlaku
Contohnya kemalangan yang tak disangka ataupun untuk melihat sesiapa yang masuk ke bilik hotel kita kerana cahaya dari lampu tandas dapat membuatkan kita melihat sesiapa yang masuk melalui pintu bilik.
Jadi kita akan dapat membuat persediaan jika orang yang masuk adalah sesiapa yang tidak kita kenali.
KEDUA:
Untuk lebih selesa dan selamat jika kita ingin menggunakan tandas pada malam hari.
Ketika tidur di hotel, biasanya pada waktu malam hari kita mudah terbangun kerana ingin ke tandas. Oleh kerana kita dalam keadaan ‘mamai’ dan mengantuk, memudahkan kita untuk terus ke tandas tanpa perlu mencari suis lampu.
KETIGA:
Kita akan lebih nyenyak tidur.
Menurut kajian yang dilakukan menyalakan lampu tandas akan membuatkan kita tidur lebih nyenyak. Sesetengah orang berfikir, jika lampu tandas terpasang akan membuatkan kita susah tidur tetapi tidak sebenarnya.
Lampu bilik air yang redup dan jauh dari tempat tidur tidak akn membuatkan kita terganggu. Malahan kita akan berasa lebih selamat dan tidak merasa asing berada di tempat baru.
Ini kerana kita selalu terfikir perkara yang menakutkan yang pernah kita dengar atau baca. Jadi dengan memasang lampu kita akan berasa lebih selamat dan tidak membuatkan kita berfikir benda yang bukan-bukan semasa di hotel.
BACA:
‘Daging mai mana?’, bekas suami kirim daging babi untuk anak-anak makan
Neelofa dilihat mengah mengandung anak kedua, Bilal bakal dapat adik?