Ini 11 rempah rahssia ayam goreng KFC yang korang boleh cuba buat dirumah, mesti jadi punya!Resepi rahsia ’11 herba dan rempah ratus’ yang digunakan pada ayam goreng KFC kekal menjadi misteri bagi peminatnya.
Namun baru-baru ini, dilaporkan bahawa resepi rahsia itu telah bocor.
Ayam KFC ciptaan Kolonel Sanders ini selalu menjadi sajian yang diminati orang di seluruh dunia.
Di Malaysia pula, ayam KFC selalu digunakan untuk sambutan hari lahir atau untuk majlis kecil.
Menurut sumber yang dilaporkan oleh Lad Bible, resepi rahsia yang dipertahankan turun temurun oleh Kolonel ini akhirnya bocor dan ia sebenarnya sudah mula diketahui umum sejak tahun 2016 lagi.
Dilaporkan bahawa seorang wartawan dari Chicago Tribune telah melakukan beberapa siasatan dan mengatur pertemuan dengan Joe Ledington – anak saudara Kolonel.
Semasa wawancara tersebut, wartawan tersebut mendapati bahawa senarai resepi tersebut telah ditulis di belakang surat wasiat terakhir ibu saudaran Ledington.
Ditulis tangan dengan dakwat biru, senarai resepi itu bertajuk, “11 Rempah — Campur Dengan 2 Cawan Putih Fl.” Ledington dengan santai menjelaskan, “Itu adalah 11 herba dan rempah asli yang sepatutnya sangat rahsia.”
Bahan-bahan utama resipi itu termasuk empat sudu paprika, tiga sudu lada putih dan dua sudu garam bawang putih. Manakala rempah utamanya adalah, Ledington berkata, “Bahan utama ialah lada putih.
Saya panggil itu ramuan rahsia. Tiada siapa (pada 1950-an) tahu apa itu lada putih. Tiada siapa yang tahu cara menggunakannya.”
Bahan-bahan lain yang ada di dalam resepi tersebut termasuk herba hijau seperti thyme, basil dan oregano. Bagi garam pula, terdapat tiga jenis garam berasingan di dalamnya – bawang putih, biasa dan saderi. Mustard dan lada kering menyumbang kepada rasa pedas dan halia yang dikisar.
Anda mungkin boleh cuba resepi ini di rumah dan boleh kongsikan maklumatnya jika ia berjaya menyamai rasa seperti ayam KFC.
BACA: