Ini 10 tempat dalam dunia yang dilarang untuk dikunjung, no.7 tu confirm orang Malaysia tak pernah fikir pun.
Terdapat banyak tempat di serata dunia yang manusia dilarang daripada mengunjunginya atas sebab-sebab tertentu
Ini 10 tempat dalam dunia yang dilarang untuk dikunjung, no.7 tu confirm orang Malaysia tak pernah fikir pun
1.The Lascaux Cave – Perancis
Gua Lascaux ini ini terletak di daerah Montignac, pertama kali ditemui oleh Marcel Ravidat ketika mengikut anjing peliharaannya memasuki sebuah terowong kecil yang membawanya ke dalam gua tersebut.
Gua ini menyimpan sejarah peradaban manusia, dipercayai dari zaman Paleolitik melalui lukisan berbentuk haiwan yang dianggarkan berusia antara 15,000 – 17,000 tahun. Hasil seni yang terdiri dari kira-kira 1,500 ukiran dan 600 khazanah lukisan pada dinding-dinding gua begitu halus dan teliti.
Gua ini dibuka pada tahun 1948 untuk orang ramai sebelum terpaksa ditutup pada tahun 1963. Karbon dioksida, haba dan kelembapan yang dibawa masuk bersama pengunjung telah memudarkan warna pada lukisan di gua tersebut. Alga juga mulai tumbuh dan merosakkan dinding berkenaan. Sejak tahun 1963, tiada lagi kunjungan awam dibenarkan dibuat di Gua Lascaux bagi memelihara keasliannya.
2.Surtsey Island – Iceland
Sebuah pulau gunung berapi di pantai selatan Republik Iceland. Pulau ini terbentuk kesan daripada letusan volkano pada tahun 1967. Pengunjung tidak dibenarkan datang ke pulau ini. Manusia yang dibenarkan menjejak pulau tersebut hanyalah golongan saintis yang menetap dalam pondok kecil.
Para saintis menghalang campur tangan manusia di pulau ini kerana ingin mengkaji secara semula jadi bagaimana haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup dan berasimilasi dengan sebuah tempat baru.
3. Snake Island – Brazil
Pulau ular, terletak kira-kira 32 kilometer dari perairan Sao Paolo, Brazil. Penduduk tempatan memanggilnya sebagai Ilha da Quiemada Grande. Namanya sahaja sudah cukup menggambarkan bahawa pulau ini menjadi rumah kepada sekurang-kurangnya 4,000 ekor ular termasuklah ular yang paling berbisa di dunia, Bothrops insularis.
Pulau ular di Brazil.
Ular Bothrops insularis hanya boleh ditemui di pulau ini dan bisanya boleh mencairkan daging manusia.
Rekod sejarah juga pernah menunjukkan beberapa orang telah mati dipatuk ular di pulau tersebut. Kerana itu kerajaan Brazil telah mengeluarkan amaran melarang pengunjung dari mengunjungi pulau tersebut.
Arkib ini menyimpan sekurang-kurangnya 35,000 peti besi dengan 53 batu sistem rak yang menyamai jarak 80 kilometer
Kebanyakan bahan yang terkumpul merupakan surat peribadi dan rekod sejarah berharga dari Pope terdahulu.
4.North Sentinel Island
Pulau Sentinel Utara, terletak di perairan Laut Andaman. Pulau ini didiami suku Sentinel, salah satu penduduk asal kepulauan Andaman. Bangsa ini merupakan bangsa terpencil dan bebas daripada pengaruh luar selama 60,000 tahun lamanya.
Pulau ini barangkali menampung sejumlah 40 hingga 500 Orang Asli Sentinel yang masih berbaki. Dipercayai, suku ini masih mengamalkan budaya kanibal. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak mengalu-alukan kedatangan orang luar.
Pulau Sentinel Utara.
Ketika tsunami melanda pada tahun 2004, sebahagian besar kawasan di Laut Andaman terjejas. Helikopter telah dihantar dari pusat kawalan pantai India untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk di pulau tersebut, namun hanya sia-sia apabila mereka dipanah api. Tim tinjauan udara mendakwa mereka juga pernah dipanah api dan dibaling batu.
5.Area 51 – Amerika
Kawasan ini menjadi rahsia selama beberapa dekad sebelum akhirnya dibongkar oleh Central Intelligence Agency (CIA) pada tahun 2013. Kamera CIA berjaya merakamkan beberapa keping foto tapak itu yang beroperasi di tanah lapang di Nevada, Amerika Syarikat.
AREA 51 di Nevada.
Area 51 merupakan kawasan ketenteraan yang diasaskan sejak tahun 1950-an dan bertujuan untuk menguji operasi pesawat perisik U2 dan SR71. Jelas sekali, kawasan ini tidak mengalu-alukan kedatangan orang awam. Pemasangan ratusan sensor membuatkan hanya selangkah anda melepasi garisan sempadan, amaran akan berbunyi menyebabkan anda tertangkap dalam masa beberapa saat.
6.Mount Weather – Amerika Syarikat
Dengan begitu banyak bencana alam yang terjadi, Amerika mengambil inisiatif menubuhkan Mount Weather Emergency Operation Centre (MWEOC) di Bluemont, Virginia.
Mount Weather.
Ia berupa sebuah tempat perlindungan yang dilengkapi dengan pejabat, asrama tempat tidur dan ruang makan di bawah ibu pejabat Federal Emergency Management Agency (FEMA). Tapi, bukan untuk semua orang! Tempat ini hanya dibuka kepada ketua tentera dan orang awam yang berstatus tinggi jika berlaku sebarang bencana.
7.The Vatican Secret Archives – Vatican
Merupakan sebuah arkib. Tidak kira betapa terkenal atau besar jawatan anda, tidak mudah tempat ini akan berkompromi. Hanya sarjana yang benar-benar serius dalam bidangnya sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan ini di kota Vatican, antara negara terkecil di dunia. Kuota yang dibenarkan terhad kepada 1,000 orang setahun. Kelayakan masuk pula perlu diperbaharui setiap enam bulan.
Para sarjana juga perlu mengemukakan surat permohonan yang menjelaskan dengan spesifik bahan yang ingin diteliti dan dihadkan kepada tiga bahan sahaja sehari. Mengambil foto dilarang sama sekali, dan itu menjelaskan mengapa sarjana menghabiskan masa di bilik bacaan dengan menyalin semula bahan yang diminta.
8.The Mormon Church Vault – Amerika
Sebuah gereja di Utah, bahagian barat Amerika. Ia terletak di bawah gunung Little Cottonwood Canyon, gunung batu granit yang digali sedalam 700 kaki. Pintunya dikatakan seberat 9 hingga 14 tan, cukup untuk menjaga bahan di dalamnya daripada kerosakan nuklear.
Hampir 3.5 bilion gambar berbentuk mikrofilem, rakaman suara dan media digital disimpan di situ, manakala hasil bertulis mungkin mencecah tiga bilion muka surat. Gereja ini bukan untuk kunjungan awam. Tujuan utamanya adalah untuk memelihara bahan primer yang sudah berusia hampir satu abad.
9.Moscow Metro-2 – Moscow
Landasan Moscow Metro-2 di Rusia dibina betul-betul di bawah landasan utama yang beroperasi untuk orang awam kira-kira 15 kaki di atasnya. Kereta api bawah tanah kedua ini dikatakan dibina pada zaman pemerintahan Joseph Stalin, diktator yang memerintah Soviet Union sekitar tahun 1920-an sehingga 1953.
Tujuan ia dibina untuk menghubungkan empat bandar utama. Tiga daripadanya dipercayai bertempat di ibu pejabat Federal Security Service (FSS), lapangan terbang Vnukovo-2, dan bandar bawah tanah di Ramenki. Selebihnya, tiada siapa yang benar-benar tahu butiran terperinci landasan rahsia ini kerana pintu pagarnya tidak pernah dibuka kepada orang awam.
10.Svalbard Seed Vault – Norway
Disebut sebagai ‘bank benih’. Ia merupakan pusat simpanan benih tanaman terbesar yang dibina di dalam gunung dan mampu bertahan dari segala bencana alam. Dibuka pada tahun 2008, pusat penyimpanan benih ini didirikan di pulau Spitsbergen di Norway, di selatan Kutub Utara.
Jutaan benih tanaman dikumpul dari seluruh dunia, disimpan di sini. Tujuannya, sebagai persediaan jika dunia hancur. Jika bumi hancur kerana bencana alam atau peperangan, biji benih ini akan digunakan untuk memulakan kembali kehidupan.
Tidak sewenangnya boleh masuk ke sini. Hanya petugas dan pengkaji yang mendapat keizinan sahaja boleh memasukinya, itupun ia hanya dibuka beberapa kali saja dalam setahun untuk petugas. Selebihnya, pusat ini dikawal sistem yang ketat dari pusat kawalan.
BACA:MB Selangor Isnin cuti peristiwa jika PH-BN menang di Selangor