Ingkar PKP : 400 ditahan, pengunjung pusat hiburan paling tinggi

Ingkar PKP : 400 ditahan, pengunjung pusat hiburan paling tinggi

Polis menahan 482 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam, dengan kes aktiviti pusat hiburan mengatasi kesalahan lain.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 438 individu dikompaun, 40 direman, dan 4 dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (137), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (128), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), tidak memakai pelitup muka (69), rentas daerah/negeri PKP bersyarat tanpa kebenaran (26) dan lain-lain (21),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, pihak berkuasa memberkas 68 pendatang asing tanpa izin dan 10 tekong dalam Ops Benteng.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/03/lebih-400-ditahan-ingkar-pkp-kes-aktiviti-pusat-hiburan-tertinggi/

COMMENTS