Ingatkan tipu duit travel je, sekali wanita ini dedah Kim Seri tipu duit pelaburan Restoran

Oleh DAHLIA MARZUKI

Tular di aplikasi Threads, seorang individu meluahkan rasa kecewa kerana masih belum menerima pulangan wang

Daripada pelaburan yang dibuat untuk pembangunan Restoran Kim Seri di Myeongdong, Korea Selatan.

Menerusi perkongsian tersebut, individu yang dikenali sebagai Sagacious Sally meminta agar wang pelaburannya segera dikembalikan susulan penutupan dan pertukaran hak milik restoran tersebut.

“Restoran Kim Seri dah tutup, tapi sampai sekarang duit pelabur satu sen pun tak dapat pulangan balik.

Tolong pulangkan duit saya,” tulisnya di Threads.Tidak Halalkan Wang Pelaburan

Ingatkan tipu duit travel je, sekali wanita ini dedah Kim Seri tipu duit pelaburan Restoran

Tambahnya lagi, dia tegas menuntut wang pelaburannya dikembalikan seperti dijanjikan dan tidak merelakan wang tersebut digunakan tanpa izin.

“Walaupun dah tukar pemilik, duit pelaburan dari pelabur patut dikembalikan. Saya tak halalkan satu sen pun kalau tak dikembalikan,” tegasnya.

Netizen Persoal Keputusan Pelaburan

Di ruangan komen, beberapa netizen bertanya bagaimana individu tersebut boleh membuat pelaburan tanpa menyedari risiko yang bakal dihadapi.

Sebelum ini, Kim Seri pernah memuat naik hantaran di Instagram Story mengakui bahawa Restoran Kim Seri bukan lagi di bawah pemilikannya.

Kontroversi Lain Melibatkan Kim Seri

Untuk makluman, Kim Seri turut terpalit kontroversi lain apabila tular video seorang wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.

Wanita tersebut dan rombongannya dikatakan gagal berangkat pulang kerana tiada tiket penerbangan seperti dijanjikan.

Walaupun berjaya pulang ke tanah air dengan bantuan pihak lain, Seri telah tampil memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas akibat penundaan trip pelancongan di bawah syarikatnya.

BACA: Burger Zinger Crispy percuma untuk ibu mengandung raih pujian ramai